Sukan permotoran seperti sukan drift merupakan antara sukan yang semakin berkembang dan cukup diminati oleh ramai golongan muda masa kini terutamanya di kawasan-kawasan bandar.
Malah, setakat ini sudah terdapat beberapa buah filem yang pernah dihasilkan dengan memuatkan elemen-elemen sukan drift dalam tema penceritaan yang dipersembahkan.
Yang terbaharu, kali ini terdapat sebuah lagi filem yang memaparkan cerita mengenai sukan drift yang akan memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 4 Ogos 2016 berjudul KAMPUNG DRIFT.
Menggabungkan genre aksi, komedi dan sains fiksyen, KAMPUNG DRIFT mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.
Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’, Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.
Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.
Filem arahan Nevin Hong yang diterbitkan oleh Mico Studio (M) Sdn. Bhd. ini menampilkan beberapa barisan pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa dan ramai lagi.
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=OyHkU-N6Q_M
Website link: www.kampungdrift.com
Barisan pelakon
Syafie Naswip – Johan
Pekin Ibrahim – Acai
Pablo Amirul – Ray
Fatin Afeefa – Julia
Zalfa Zain – Shiela
Chen Sin Foo – Pak Idun
Puovin Sandera – Ajoi
Jazli Hassan – Bojeng
SYNOPSIS
Combining action, comedy and sci-fi, Kampung Drift is a cross-genre coming-of-age tale of Johan, a teenager in search of the meaning of life and love through drift racing. Despite his father’s objection, Johan continues to find ways to unleash his passion for the sport with the help of his best friend Bojeng, his uncle Ajoi, and the mad scientist, Pak Idun.
When Johan accidentally discovers his family history and his father’s dark secret related to drift racing, he vows to turn his passion into a lifelong ambition. However, his road to glory is far from easy. He struggles through deceit, betrayal and love triangles involving his childhood crush, Julia, secret admirer, Shiela and scheming rival, Ray.
And when a fatal accident is about to happen before his eyes, Johan does the unthinkable. He uses a time-travelling machine to go back to the past to save his love ones in the future. Will he succeed? All will be revealed in Kampung Drift.