MIG Pictures tampil menayangkan filern ke-113 terbitannya pada minggu kedua hari raya. Zack Kapcai sebuah filem bergenre komedi aksi akan menemui penonton di pawagam pada 14 July 2016. Filem arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini merupakan sebuah filem yang mengandungi elemen-elemen komedi dan aksi yang seimbang.
Meletakkan elemen permotoran sebagai subjek utama namun plot penceritaannya masih lagi mengekalkan elemen komedi sebagai perencah utama dalam mencantikkan filem ini. Elemen permotoran dilihat tidak pernah tenggelam dalam menjadi subjek utama tilem dan ini meyakinkan MIG ianya mampu menjadi trend dalam menghasilkan filem-filem akan datang. Disamping itu, suntikan sub-plot yang begitu dekat dengan masyarakat seperti elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih-sayang serta percintaan juga disampaikan dalam bentuk yang bersahaja sedikit sebanyak mendekatkan filem ini dengan realiti kehidupan yang sebenar.
Zack Kapcai membariskan pelawak tempatan yang terkenal sebagai peneraju utama filern ini pastinya satu bonus dalam memberi elemen humor yang bersahaja dan segar. Fad Bocey, Shuk SYJ dan Rahim R2 sememangnya terkenal dalam dunia lawak mereka yang tersendiri pastinya akan mencuit hati penonton dengan gaya komedi mereka yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Turut sama menjayakan fielm ini adalah Epy Kodiang, Shahfiez yang terkenal sebagai “stunt man” dalam dunia permotoran dan juga Serina Redzuawan yang kini mula membuat “comeback” di dalam dunia lakonan. Zack Kapcai turut memberi peluang kepada heroin yang mula meningkat naik iaitu Julia Marin sebagai salah seorang peneraju utama filem ini.
Untuk perkembangan terkini penerbitan MIG, antara filem yang bakal muncul pada penghujung tahun ini adalah Volkswagen Kuning (22 September), Dorm Melati dan Hospital.
SINOPSIS
Sebuah filem yang mengisahkan tentang lACK (Fad Bocey) yang sangat suka berlumba motor. Namun, minat lack ini ditentang keras oleh ibunya, MINAH (Serina Redzuawan). Ini kerana suami Minah iaitu ayah kandung Zack juga merupakan Raja Kapcai suatu masa dahulu. Kerana gelaran Raja Kapcai itulah, rumahtangga Minah dan RUDY berkecai.
Selepas memenangi Oistina, motosikal kesayangan milik ROY (Shuk SYJ), Zack dan Roy yang dahulunya kawan baik, langsung jadi musuh. Sementara itu, Minah sudah tak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack. Dia memarahi Zack dengan sangat teruk sehingga Zack insaf dan berjanji takkan merempit dan berlumba lagi. Namun, segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama RUDY (Rahim Sepahtu) dan Minah dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”. Zack jadi teruja bila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai. Zack nekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah.
Dalam masa yang sama, Roy yang sudah gila bayang merindui Oistina dan terus mencuri motosikal dari Zack. Zack berasa kecewa bagaimana dia hendak mencari ayah dan adiknya tanpa kenderaan. Semasa inilah Minah mengeluarkan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkannya. Zack semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.
Di pertengahan jalan, Zack bertembung dengan Roy yang juga ingin ke Kuala Lumpur. Mereka mengenang kembali persahabatan lama mereka lalu berbaik semula. Rudy dan TASHA (Julia Marin) pula menjalani hidup yang sederhana di bandar. Tasha berkawan dengan WAN (Shahfiez Rempit) serta gang beliau, samseng besar di kawasan mereka. Apabila Wan membelasah Rudy pada satu malam. Tasha mengamuk dan marahkan Wan. Wan yang sakit hati terus bertindak ingin memperkosa Tasha. Tasha berusaha melarikan diri dan bersembunyi di rumah sewa Roy dan Zack. Perkenalan yang terjadi tanpa diduga itu membuahkah rasa cinta di hati Roy. Esoknya, Roy menghantar Tasha balik dan Zack meneruskan misinya mencari Rudy dan Tasha.
Apakah kesudahannya? Tonton filem Zack Kapcai di pawagam berdekatan dengan anda