Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4159

(HIBURAN) KONSERT 3 SUARA – Realisasi Jamal Abdillah, Ameng Spring    & Zamani  Slam

$
0
0

KUALA LUMPUR 25 OGOS 2016 - Penyanyi, Ameng Spring (dari kiri), Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Jamilul Hayat pada sidang akhbar Konsert 3 Suara di Istana Budaya, di sini hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : FARHANA (HIBURAN UTUSAN) / AZURIN (HIBURAN KOSMO)

KUALA LUMPUR  25 OGOS – Bermula 22 September sehingga 25 September ini, pentas berprestij   Istana  Budaya pasti  bergegar dengan Konsert 3 Suara yang dibawakan oleh produksi Binjamal Event Sdn. Bhd. Konsert 3 Suara yang membariskan penyanyi-penyanyi lelaki hebat tanah air, Datuk Jamal Abdillah, Ameng Spring dan Zamani Slam tidak   pernah  lagi  dalam sejarah   industri hiburan  tanah  air, gabungan mantap yang dihimpunkan dalam satu konsert berskala besar.

KUALA LUMPUR 25 OGOS 2016 - Penyanyi, Ameng Spring (dari kiri), Zamani Slam, Datuk Jamal Abdillah, dan Jamilul Hayat selepas sidang akhbar Konsert 3 Suara di Istana Budaya, di sini hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : FARHANA (HIBURAN UTUSAN) / AZURIN (HIBURAN KOSMO)

Biarpun  Jamal  Abdillah  pernah  mengadakan persembahan di Istana   Budaya namun gandingan bersama Ameng dan Zamani, belum pernah direalisasikan.

Apatah  lagi, adik Jamal Abdillah, Jamilul  Hayat yang popular menerusi lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan dan Gelora Jiwa turut  diberikan ruang dan peluanguntuk sama-samamenghiburkan hadirin  yang bakal hadir  untuk  menonton Konsert 3  Suara di Istana Budaya.

Meletakkan tanggung jawab sebagai Pengarah Muzik Konsert 3 Suara   di    bahu   Raja   Mohd. Sham   Raja   Saari,   sepanjang persembahan Jamal Abdillah, Ameng, Zamani dan Jamilul Hayat yang bermula kurang lebih pukul 8 malam,mereka diiringi lebih 20 orang pemuzik professional.

Susunan muzik sentuhan Raja Mohd. Sham pasti memberi suntikkan lebih enak di halwa telinga penonton Konsert 3 Suara nanti apabila Jamal Abdillah, Ameng dan Zamani tampil mengalunkan lagu-Iagu malar segar mereka.

Sememangnya Jamal Abdillah atau pemilik nama sebenar, Jamal Ubaidillah Ali, 57 tahun, yang digelar Raja Pop Malaysia tidak pernah jemu untuk menghiburkan para peminat setianya.

Begitu juga dengan para peminat tegar beliau yang tidak pernah puas mendengar alunan suara emas Jamal Abdillah melantunkan lagu-Iagu genre pop sejak dari awal pembabitannya sebagai anak seni seperti Seniman Menangis, Di Penghujung Rindu, Derita Cinta, Sepi Seorang Perindu, Kekasih Awal dan Akhir, Assalamualaikum dan banyak lagi.

Dengan menghasilkan 17 buah album solo, tidak termasuk penampilan secara duet atau kolaborasi dengan penyanyi lelaki dan wanita tanah air, Juara Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah adalah Ikon Pop Lelaki Malaysia yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Perjalanan Zamani Ibrahim, 45 tahun pula, walaupun beronak dan berduri namun para peminat setianya tetap berdiri teguh menyokong karier seninya yang bermula dengan kumpulan Slam pada awal tahun 1990.

Kemuncak populariti Zamani bersama Slam pada tahun 1995 menjadikan beliau bersamarakan-rakannya diterima baik di Indonesia, Singapuradanjuga Brunei.

KUALA LUMPUR 25 OGOS 2016 - Penyanyi, Ameng Spring (dari kiri), Datuk Jamal Abdillah, dan Zamani Slam selepas sidang akhbar Konsert 3 Suara di Istana Budaya, di sini hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : FARHANA (HIBURAN UTUSAN) / AZURIN (HIBURAN KOSMO)

Dianugerahkan   dengan  suara   yang   merdu,   Zamani   diberikan kesempatan untuk menjayakan Konsert  3 Suara di Istana   Budaya dan  tentunya,  peminat  tidak   pernah  melupakan gandingan vokal Zamani,  Jamal  Abdillah   dan  Saleem  Iklim   ketika   merakamkan single Iscbellc  98.

Kekuatan  vokal  Zamani  yang  sempat   melahirkan   enam  album bersama kumpulan Slam sebelum mengorak langkah untuk mencuba nasib   sebagai   penyanyi  solo,   lagu  Gerimis   Mengundang tetap menjadi siulan peminat sehingga ke hari ini.

Konsert  3 Suara, konsert  ketiga  anjuran produksi  Binjamal Event Sdn.  Bhd.,  kali   ini menampilkan  pelantun   lagu  Butakah   Cinta, Romantika, Bourgenvilla (sekadar menyebut judul  lagu-Iagu popular kumpulan Spring), Ameng untuk memanaskan semula perjalanan seni   yang   terbantut   seketika.Peluang  yang  diberikan    kepada Ameng untuk  beraksi  di pentas Istana  Budaya dengan jualan tiket pada harga  RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458  diharap dapat membuka lebih  ruang kepada Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail,  48 tahun yang mempunyai enam single secara solo, untuk meneruskan langkah dalam industri  hiburan tanah air.

Hilang   dan  tenggelamnya   nama  Jamilul   Hayat   mungkin  akan terkubur     selamanya  jika  Konsert   3   Suara  sekadar   ilusi   dan khayalan. Sebaliknya, penyanyi lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan ini   ‘dihidupkan’    oleh  abangnya,  Jamal  Abdillah   apabila  beliau turut   diberikan  peluang beraksi di Istana  Budaya.

Saksikan Konsert 3  Suara dengan mendapatkan tiket   berharga RM108,      RM158,      RM258,       RM358 dan      RM458      di www.ilassotickets.com atau hubungi 03-21706333.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4159