PETALING JAYA, 13 Januari 2017 – Bersempena menyambut kedatangan Tahun Ayam Emas dan berkongsi kemeriahan pada musim perayaan ini, the Curve baru-baru ini menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina untuk warga emas dari Persatuan Kebajikan Ci Hang Chempaka.
Para tetamu yang terdiri daripada 20 warga emas dan lima penjaga mereka diberi layanan istimewa daripada kumpulan pengurusan the Curve setibanya mereka di pusat beli-belah berkenaan. Dengan hiasan indah bagai istana Diraja, para tetamu terpesona melihat suasana di Centre Court yang dipenuhi warna merah gelap dan emas lengkap dengan tiang-tiang setinggi 14 kaki, sebuah takhta di atas pelamin dan sepasang arca yang gagah.
Sambutan perayaan dimulakan dengan persembahan muzikal secara langsung yang melibatkan koreografi khas bertajuk The Empress’s Court Dance Musical menghiburkan para tetamu. Lagu-lagu Mandarin yang menggembirakan didendangkan, diiringi dengan gerak tari yang lemah-lembut oleh Permaisuri Huang dan pengiring-pengiringnya dalam menyambut kedatangan Festival Musim Bunga.
Selepas persembahan tersebut, sambutan diteruskan lagi dengan penyerahan beg cenderahati sumbangan ikhlas dari Awesome Snacks, It’s a Wrap, Yin Onn, YS Hampers Gallery dan juga Ang Pow kepada warga emas dari the Curve. Pihak the Curve juga menyumbangkan hamper istimewa yang penuh dengan barang runcit dan pelbagai barang keperluan rumah kepada Persatuan Kebajikan Ci Hang Chempaka sempena Tahun Baru Cina.
Malam yang penuh dengan persembahan diteruskan lagi dengan Fortune Acrobatic Lion Dance yang memaparkan persembahan tarian singa mengagumkan dan telah mendebarkan penonton.
Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menjadi tuan rumah bagi para tetamu dari Persatuan Kebajikan Ci Hang Chempaka, terutamanya pada waktu yang begitu bermakna untuk bersama dengan keluarga dan sahabat handai. Perayaan-perayaan seperti ini amat penting untuk mengingati mereka yang tidak berpeluang untuk menyambut perayaan ini bersama insan yang tersayang. Tahun Baru Cina adalah satu sambutan yang istimewa di Malaysia dan kami gembira untuk bersama-sama meraikannya dengan tetamu yang hadir hari ini.”
Pihak pengurusan the Curve bersama-sama para warga emas dari Persatuan Kebajikan Ci Hang Chempaka kemudian menyertai majlis makan malam khas dan lousang di The Apartment Restaurant.
Dari 7 hingga 30 Januari 2017, pengunjung the Curve berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan menarik yang disediakan sempena sambutan Tahun Baru Cina seperti Dram Sambutan Diraja dan keasyikan melodi daripada Simfoni Diraja. Tidak ketinggalan juga, rebutlah peluang untuk bertemu dengan Tuhan Kemakmuran (God of Prosperity) apabila beliau bersiar-siar di the Curve!
Sepanjang kempen dijalankan, pengunjung yang membelanjakan RM138 ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana pusat jualan di the Curve berpeluang untuk menebus Paket Merah Maharani. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menebus Set Jamuan Diraja yang terdapat dalam empat warna berbeza dengan pembelian minimum RM388, ihsan dari the Curve. Semua penebusan tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan Tahun Baru Cina di the Curve? Hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve www.thecurve.com.my atau laman Facebook di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.