Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156

(SEMASA) ASIA ISLAMIC FASHION WEEK 2017  (#AIFW2017)

$
0
0

Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia –  Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017).

Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.

Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.

Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.

“Kami dengan rasa bangga mengalu-alukan semua peserta pameran, pereka, pembeli dagangan dan pengunjung dari seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada acara yang hebat ini.

“Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam #AIFW2017,” ujar pengasas dan pencetus #AIFW2017, Fuza Umar.

Ujar Fuza lagi, “Lebih membanggakan lagi, kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia.”

Malah Asia Islamic Fashion Week ini akan turut menyaksikan beberapa pereka fesyen dan jenama terlibat antaranya Dian Pelangi, Cosry, Karina Ng, Mimpi Kita, Eja Shahril, Sawdaa, Uniqlo, Inayah UK, Phewiit by Amy Search, Mumu Scarf, Ash & Annas, Telekung Siti Khadijah, Insaniyah dan banyak lagi. Malah produk kosmetik Adania turut akan berada di AIFW kelak.

 “Kami juga turut berbangga untuk mengumumkan  tiga ‘fashion influencers’ #AIFW2017;”

  • Dian Pelangi       – pereka fesyen serba boleh dari Indonesia,

                                pemenang anugerah, entrepreneur berjaya dan

                                merupakan salah seorang ikon fesyen berpengaruh

                                dalam komuniti Islamic Global dengan memilki 4.4

                                juta pengikut di laman Instagram.

  • Mizz Nina – salah seorang ikon Malaysia yang dipandang tinggi

                                dan dihormati kerana usahanya dalam

                                dakwah,fesyen dan kerja-kerja kemanusiaan.

  • Melanie Elturk –  salah seorang pakar dalam industri fesyen, penyumbang tetap

                                 untuk majalah ELLE.Com dan merupakan Ketua Pegawai

                                Eksekutif salah sebuah jenama terbesar di Amerika Syarikat

                                untuk fesyen modest dengan misi untuk memperkasakan

                                pemakaian hijab di dunia.

Dalam penyataannya, Mizz Nina berkata, “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berasa dihargai kerana menjadi sebahagian dari #AIFW2017. Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia.”

PENGUMUMAN PENTING #AIFW2017

Kami dengan ini sangat berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasi bersama :-

  1. ISLAMIC FASHION & DESIGN COUNCIL (IFDC)
  • Salah sebuah council mewakili ekonomi Islam dan mempunyai pejabat di 10 buah negara (ibu pejabat di New York, Amerika Syarikat, Itali, Afrika Selatan, Turki, Rusia, Kanada, Pakistan dan beberapacawangan di UAE.

Alia Khan selaku pengasas  dan Pengerusi IFDC, ” Setiap  inisiatif yang besar bermula dengan visi. Mereka yang terlibat di belakang AIFW telah menarik perhatian saya dengan keikhlasan mereka terhadap mesej yang mengiringi fesyen modest. Mereka sama-sama sedar akan makna dan sebab yang mendorong nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam. Saya percaya mereka mempunyai formula untuk menggabungkan kedua-dua faktor yang sangat cantik, ke dalam AIFW, yang merupakan sebuah acara yang tidak syak lagi, mempunyai kedudukan yang baik untuk memberi ganjaran komersial dan peribadi kepada semua yang mengambil bahagian.”

https://www.ifdcouncil.org

 

  1. ZALORA

            – destinasi fesyen dalam talian di Asia ini adalah rakan e-dagang untuk  #

            AIFW2017. Dengan kehadirannya di Singapura, Indonesia, Malaysia, Brunei,

            Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA adalah

            platform terbaik dalam talian untuk membantu mempromosikan industri

           fesyen Islam di seluruh Asia

  1. iHALALMAS
  • Institut Pengurusan Halal dan Sains, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA ditubuhkan untuk terus menyokong pertumbuhan halal, bukan sahaja dalam negara, tetapi juga untuk menyokong agenda halal global. Dengan kesedaran mengenai hubungan bagaimana halal untuk kemampanan dan keselamatan, halal telah menjadi satu agenda penting untuk semua masyarakat, perniagaan dan sektor industri.
  • http://www.imhalal.org

#AIFW2017 turut disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.

Tiga elemen utama #AIFW2017 adalah:

  1. Pertunjukan Dagangan Fesyen

Sebuah platform untuk rangkaian perniagaan fesyen dan gaya hidup Islamik yang mapan serta berkeuntungan. Daripada jenama mewah, hingga ke trend terkini dalam fesyen yang santun, #AIFW2017 membawakan peserta pameran dari seluruh dunia yang menjadi nadi bisnes fesyen Islamik.

  1. Pertunjukan Fesyen

Memperkenalkan trend terkini fesyen Islamik daripada pereka terkenal, peruncit terunggul, butik dan pereka fesyen bebas. Persembahan di runway atau pentas peragaan adalah sesuatu yang wajib disaksikan.

  • Interaksi Fesyen

Memperkayakan orang Islam dengan pengetahuan tentang fesyen Islamik berasaskan nilai-nilai Islamik, menerusi sesi perbincangan interaktif oleh panel dari pelbagai bidang dalam industri fesyen dan perdagangan Islamik.

Mengenai Industri Fesyen Islamik

 

Menurut Laporan Kedudukan Ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan secara bersama oleh Reuters, konsumer Muslim sedunia membelanjakan sejumlah AS$230 bilion untuk pakaian pada 2014, menjadikan pasaran pakaian Muslim membentuk 11 peratus daripada perbelanjaan global, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun lalu. Angka tersebut dijangka mencecah AS$484 bilion menjelang 2019.

Saiz pasaran yang ketara ini memerlukan perhatian dan pelaburan dari seluruh dunia. Pemain fesyen arus perdana utama daripada Uniqlo dan Mango hinggalah kepada pereka fesyen aras tinggi seperti Dolce & Gabbana dan Tommy Hillfiger telahpun mengikut jejak langkah DKNY yang melabur dalam sektor ini.

Semua ini berlaku seiring perkembangan syarikat-syarikat fesyen Muslim yang kini meneroka pasaran. Platform e-dagang seperti Hijup (Indonesia) dan Modanisa (Turki) juga menerima kemasukan pelaburan yang besar untuk memperkembangkan asas pengguna masing-masing.

Laporan berkenaan turut menggariskan bahawa Malaysia mendahului majoriti kategori industri Halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global. Sebagai negara Islam yang moden dan progresif, Malaysia telah lama membawa aspirasi Hab Halal Global, dengan merintis banyak inisiatif Halal serta menjadi tuan rumah kepada inisiatif yang berkaitan seperti #AIFW2017 demi mencetus kesedaran lebih luas tentang pasaran Halal.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156