Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156

(HIBURAN) Filem “Jangan Pandang Belakang Boleh?”…mampu sekali lagi cipta sejarah ?

$
0
0

JPBB migcropSMALL

Masih ingatkah dengan filem ‘Jangan Pandang Belakang’ ? Filem yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2007 apabila membuat kutipan panggung mencecah RM6.5 juta telah di parodikan menerusi filem keluaran ke 89 MIG iaitu ‘Jangan Pandang Belakang boleh?’.  Filem seram komedi ‘Jangan Pandang Belakang Boleh?’ ini mengambil latarbelakang filem terkenal  ‘Jangan Pandang Belakang’  disekitar Kuala Kangsar , Perak dan bakal ditayangkan pada 31 Januari 2014 ini. Filem ini membariskan para pelakon seperti  Zalif Sidek, Shima Anuar, Adiba Yunus, Epy Kodiang, Kazaruddin Saisi dan Ruminah Sidek. Berdasarkan pemerhatian pada sidang tayangan perdana media yang bertempat di Premium X, One City Mall, USJ, filem keluaran terbaru MIG ini mampu menarik minat penonton berdasarkan genre komedinya dan jalan cerita yang seram santai tetapi kelakar.

JPBB BmigSMALL

Jangan Pandang Belakang boleh?

Genre: Komedi / Seram

Pengarah: Ismail “Bob” Hasim

Pelakon: Zalif Sidek, Shima Anuar, Adiba Yunus, Epy Kodiang, Kazaruddin Saisi dan Ruminah Sidek.

Penerbit: MIG Production Sdn. Bhd

SINOPSIS 

Teman wanita Dharma, Rose telah meninggal dunia tiba-tiba. Kemudian, mereka mendapati bahawa Rose mati akibat membunuh diri. Dharma dan kembar Rose, Seri cuba untuk mengetahui mengapa Rose berubah sehingga memilih jalan membunuh diri. Indra, rakan sekerja Dharma juga mahu membantu Dharma menyelesaikan misteri tentang kematian Rose.

Tetapi semasa siasatan, Dharma sering diganggu oleh perkara-perkara paranormal. Dharma mengadu kepada Seri dan Indra tetapi mereka tidak percaya pada kewujudan ‘hantu’. Lebih-lebih lagi, Dharma berubah sikap menjadi  pelik akhir-akhir ini menyebabkan Seri menuduh Dharma adalah sebab mengapa Rose membunuh dirinya.

Dharma perlu mencari jalan untuk menyelesaikan misteri yang telah menghantui beliau dan keluarganya kerana makhluk halus yang menghantui hidup Rose telah mengikutnya.

Berjayakah Dharma mencari punca kematian Rose?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156