Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156

(HIBURAN) MALAM APRESIASI MEDIA 2017 & ANUGERAH “K-20”

$
0
0

Bertempat di aras 5, Red Box Plus Karaoke, pusat membeli-belah Pavilion, KL, Kumpulan Karaoke Red Box sekali lagi menganjurkan acara tahunan bagi meraikan pengamal media, syarikat rakaman dan rakaniaga yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan mereka sejak 2001. Hadir semasa memberi ucapan pada malam tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi, Grand Surf Sdn. Bhd., Mr. Michael Yong.
Ujar beliau, “Hanya terima kasih yang mampu kami ucapkan di atas segala kerjasama, bantuan dan dedikasi yang dicurahkan. Kepada syarikat rakaman, terima kasih kerana masih memilih Red Box, Green Box dan Red Box PLUS untuk aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan selebriti hebat mereka. Juga kepada rakan niaga yang sudi untuk berkolaborasi. Akhir sekali, kepada media cetak dan media atas talian, jutaan terima kasih kerana terus menyampaikan pelbagai mesej dan publisiti positif mengenai kami.

Ianya secara tidak langsung, banyak membantu dalam menjadikan Red Box, Green Box dan Red Box Plus kekal menjadi pilihan nombor satu pelanggan hingga ke hari ini”.

Sudah menjadi tradisi, majlis memberi tumpuan kepada acara penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016, atau dikenali sebagai Anugerah K-20, sebuah penganjuran yang menonjolkan satu lagi keunikan Kumpulan Karaoke Red Box berbanding pusat karaoke lain di Malaysia. Anugerah tersebut disampaikan oleh Mr. Michael Yong, kepada para artis dan pihak syarikat rakaman yang mewakili 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular untuk tahun 2016. Aiman Tino, Sandra, Syamel dan Hyper Act antara yang hadir menerima anugerah.

“Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu yang mengungguli carta karaoke Red Box sepanjang 2016. Kami tumpang berbangga di atas kejayaan lagu-lagu tersebut memenangi hati peminat yang berkunjung ke cawangan karaoke Red Box, Green Box dan Red Box PLUS sejak awal Januari hingga akhir Disember 2016.

Besar harapan kami agar pengiktirafan ini diterima baik oleh penggiat seni hiburan tanahair, sekaligus menyuntik semangat baru untuk mereka terus menghasilkan karya yang bukan sahaja berkualiti, malah ‘karaoke friendly’”, ujar Mr. Michael Yong lagi.

Majlis turut menyaksikan pelancaran poskad “Raikan Raya – Hantar Kad Ucapan Untuk Yang Tersayang Sambil Menderma”, sebuah projek amal dalam membantu mengumpul dana untuk tabung kebajikan #iAMFaithmen Movement. Fokus kali ini adalah institusi warga emas di seluruh Malaysia. Perasmian dibuat oleh Mr. Michael Yong bersama Pengasas #iAMFAITHMEN, Faizal Tahir, dan penaja utama kempen tersebut yang diwakili Pengasas Awang Brand, En. Sheikh Ahmad Shukor. Melalui jualan poskad (berserta setem) pada harga RM5 di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS karaoke, setiap RM3 akan didermakan kepada dana terbabit.

Majlis diserikan dengan aktiviti berkaraoke, makan malam, dan cabutan bertuah yang menawarkan LED TV, Telefon Pintar Berjenama, Set Hamper, Bagasi, Peralatan Elektronik Rumah, Baucar dan banyak lagi. “Akhir kata, terima kasih di atas kehadiran semua.

Jangan lupa untuk hashtag #RedBoxKaraokeMalaysia #RedBoxMediaNight2017 untuk semua gambar-gambar yang ditangkap dan dimuatnaik dalam laman sosial anda!”, seloroh Encik Michael Yong sebelum mengakhiri ucapan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156