Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156

(SUKAN) PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) FUTBAL FANATIX RUN, TITAN EMPIRE EVENT MANAGEMENT (TEEM) BERSAMA PERSATUAN MELAYU BUGIS SELANGOR (PMBS) DAERAH PETALING

$
0
0

Titan Empire Event Management sebagai penganjur program Futbal Fanatuix Run @ Shah Alam bersama Persatuan Melayu Bugis Selangor baru sahaja selesai menlaksanakan program tanggungjawab social korporat (CSR) di Wad Pediatrik Onkologi KK 3, Hospital Kuala Lumpur laitu bermula dari jam 11 pagi sehingga 1 tengah hari.

Program CSR ini adalah adalah bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pihak kami dengan situasi dan keadaan di hospital terhadap pesakit-pesakit kanser kanak-kanak. Program ini telah disertai oleh selebriti tanah air dan pihak kami telah menyumbangkan beberapa keperluan kepada pesakit seumpama selimut, stokin, makanan dan beberapa barang yang lain. Diantara selebrti yang hadir dan memberi sokongan kepada pesakit-pesakit ini ialah Siti Saleha, Fauziah Latiff, Datin Paduka Umie Aida, Zahid AF, Anzalna Nasir, Mia Nasir, Vanidah Imran dan Cik Puan Juliana Evans. Dengan pelaksanaan program CSR ini kami harap dapatlah memberi sedikit kecerian kepada pesakit-pesakit tersebut danjuga membantu warga hospital.

FUTBAL FANATIX RUN @SHAH ALAM ANJURAN TITAN EMPIRE EVENT MANAGEMENT

Pihak Titan Empire Event Management (TEEM) mengambil langkah inisiatif untuk membuat kelainan bagi para peminat menyaksikan perlawanan Piala Dunia FIFA kali ini dengan menganjurkan acara larian santai dan selepas itu meyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2018 secara langsung.

Acara larian terbesar bersempena Piala Dunia FIFA 2018 ‘Futbal Fanatix Run @shah Alam’ akan diadakan dan menyaksikan perhimpunan peminat-peminat bola sepak dari seluruh negara. ‘Futbal Fanatix Run @Shah Alam’ merupakan satu acara larian keceriaan kemasyarakatan serta riadah yang bakal dianjurkan bersempena siaran lansung perlawanan suku akhir bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 yang berlansung pada 7 haribulan Julai 2018 jam 10.00 malam.

MAKLUMAT PENGANJURAN

Tarikh : Sabtu. 7 haribulan Julai 2018

Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor

Masa : Bermula seawal jam 7.30 malam sehingga 12 tengah malam. Dan pada jam 10 malam hari tersebut akan berlangsungnya perlawnan suku akhir bagi Piala Dunia FIFA 2018

ACARA UTAMA

Acara utama Futbal Fanatix Run ini adalah larian yang berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan yang mana terdapat 3 acara larian berbezo bakal berlangsung iaitu:

  1. 3 kilometer DASH
  2. 5 kilometer FUN RUN, dan
  3. 10 kilometer FIT RUN

 

ACARA SAMPINGAN

Selain acara larian, program ini mengandungi pelbagai akfiviti menarik sampingan dan bermanfaat kepada para peserta larian dan pengunjung seperti :

  1. Skrin LED besar bagi menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2018,
  2. Tarlan Zumba,
  3. Mini Karnival
  4. Penampilan Selebriti terkenal tanah air dan Persembahan Artis
  5. Penampilan istimewa pemain-pemain dan lagenda boselapak tanah air
  6. Busking
  7. Food Truck
  8. Teka Diamond
  9. Cabaran Permainan PS4
  10. Hot Air Balloon dan
  11. Cabutan Bertuah

PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN

Terbuka kepada semua peringkat umur dan bangsa khususnya bagi warga Shah Alam, Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Yuran Pennyertaan adalah sebanyak RM 77 per pax.

Setiap pembayaran penyertaan akan melayakkan peserta memperolehi   Eksklusif Team Jersi (ada 7 pilihan negara), Eksklusif Futbal Fanatix Run 2018 Goal Medal dan Eksklusif Futbal Fanatix Run 2018 Drawstring Bag kit

Kelebihan dan daya tarikan bagi Fulbal Fanatix Run @Shah Alam ini adalah terdapat 7 design Eksklusif Team Jersi micro fibre yang sangat menarik dan peserta yang mendaftar dapat memilih jersey mengikut negara yang mereka sukai atau sokong iaitu, Brazil, Spain, Argentina, Portugal, France, England dan Germany.

Pihak kami menjangkakan seramai 10,000 peserta dan pengunjung akan menyerta larian dan seterusnya bersama-sama menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA ini.

Untuk peserta yang ini menyertai larian dan program ini boleh mendaftar melalui :

Website kami : www.futbalfanatix.com

Telefon Pejabat : 03 7733 5778

Facebook kami : futbalfanatix

Instagram kami : @futbalfanatix


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156