Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156

(HIBURAN) SonaOne & Kidd Santhe Menjamu Peminat dengan Single Baru ‘Kuey Teow’

$
0
0

Kuala Lumpur – Jejak hip hop kontemporari Malaysia SonaOne dan Kidd Santhe membuahkan hasil single dan muzik video baru – ‘Kuey Teow’! Trek yang menghiburkan dan bombastik ini merangkumi semua asas flex – beberapa puns mengenai Tesla, mendapatkan T-shirt putih dari Jepun, penerbangan VIP – semuanya merangkumi persekitaran yang memberi penghormatan kepada salah satu hidangan kegemaran Malaysia.

Beats dalam ‘Kuey Teow’ membawa vibe ‘bass-heavy trap’ dari produksi SonaOne dalam kompilasi THE LOCCDOWN yang banyak menonjolkan kolaborasi dari Joe Flizzow hingga ke Fariz Jabba. Kali ini, produser-rapper yang pernah memenangi anugerah ini menambah satu lagi ciri hebat iaitu kehadiran Kidd Santhe.

“Saya telah mengenali Sona selama lebih kurang 6 tahun. Kami juga pernah bekerjasama untuk dua atau tiga lagu sebelum ini, tetapi kali ini kami “membakar dapur” (studio) dengan lagu ‘Kuey Teow’, kata Kidd mengenai persahabatannya dengan Sona.

Tema lagu ‘Kuey Teow’ pada dasarnya adalah sebagai hiburan tentang kehidupan yang bahagia sambil menghargai perkara-perkara yang lebih sederhana, seperti makanan – sebagaimana yang dihargai semasa Era Kuarantin. Tiada kepura-puraan yang tidak perlu. Sebagai seorang foodie yang sejati, yang selalu berkongsi kemahiran memasaknya di Instagram, SonaOne mengetahui serba sedikit mengenai nikmat kesenangan asas. Menurut SonaOne: “Ada perkara yang tidak boleh dikongsi dengan semua orang. Untuk perkara yang lain, ada kuey teow. Sekiranya anda lapar dan anda tahu anda lapar, kami ada banyak kuey teow.”

Muzik video ini diarahkan oleh Adriana dari Denhouse Productions, kolektif yang sama dalam pembikinan video untuk ‘Bomba’, single SonaOne yang sebelum ini. Seperti yang dinyatakan dalam lirik, muzik video ‘Kuey Teow’ ini akan mengembalikan estetika Dali yang aneh dan memukau perhatian.

“Kesinambungan dari “sekejap! apa yang baru aku tengok ni?” dan keributan mengenai halatuju ‘Bomba’, kami ingin memperluaskan idea dengan membiarkan ‘keributan’ yang terlintas dalam fikiran Sona menjadi kenyataan dengan cara yang sangat jujur dan bersahaja. Pada dasarnya, apa yang kita inginkan adalah penerokaan idea – bagaimana jika semua yang terlintas dalam fikiran kita, mula bocor sedikit demi sedikit?”, kata pengarah, Adriana.

Single terbaru ini juga merupakan persembahan comical bars dari dua rappers ini yang melangkahi garis pemisah halus antara bijak dan eksentrik. Kedua-dua SonaOne dan Kidd Santhe telah menunjukkan rentak lirik mereka yang merangkumi elemen sentimental dan humor. Peringatan baik bahawa kadang-kadang ketika anda tidak tahan panas di dapur, seseorang mungkin sedang menggoreng sesuatu yang lazat.

‘Kuey Teow’ kini boleh didapati di semua platform striming.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156