5 Ogos 2023 – Quantum Metal Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia khasnya dan negara-negara ASEAN amnya. Mula beroperasi pada tahun 2012. Quantum Metal ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia yang mempunyai pengaruh global dan merintis pertumbuhan kekayaan. Modal berbayar syarikat RM 10,000,00 dan merupakan peserta di Dagangan Bursa Malaysia Islamic Servises (BMIS). Syarikat yang didaftarkan pada 30 Julai 2012 ini merupakan pengedar emas batangan terbesar di Malaysia. Perniagaan teras Quantum Metal adalah menyediakan produk emas premium 99,99% ke pasaran Malaysia termasuk, badan kerajaan, bank, institusi kewangan, peniaga dan peniaga individu.
Quantum Metal mempunyai hubungan baik antara bank tempatan dan Pembekal Bullion Antarabangsa termasuk, PERTH MINT. Model perniagaan Quantum Metal adalah dengan mengurangkan risiko bank tempatan dalam melakukan transaksi langsung dan transaksi sah melalui platform Quantum Metal. Sebagai pelanggan Quantum Metal, bank tempatan bebas daripada perbelanjaan modal kerana 100% sistem dan infrastruktur akan dilaburkan oleh Quantum Metal dan pulangan pelaburan pula adalah melalui model pembahagian hasil dengan bank tempatan.
Diterajui oleh Dato’ Lim Khong Soon, beliau merupakan Pegasas dan Pengerusi Eksekutif Quantum Metal Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam acuan ketepatan, komponen elektronik, sianida kalium emas yang digunakan dalam industri penyaduran emas dan pembangunan serta pemulihan emas daripada sisa elektronik dengan Inochem dari Afrika Selatan sejak tahun 2000.
Quantum Metal Sdn Bhd juga turut mendapat Pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). ISRA ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai institusi penyelidikan berkaitan dengan kewangan Islam dan Syariah pada tahun 2008 di mana platform jual beli dan simpanan Emas digital Quantum Metal adalah bersandarkan simpanan emas fizikal yang ada pada syarikat Quantum Metal.
Bertempat di Brick Studio Kota Damansara, telah berlangsungnya Majlis MOU Quantum Metal Sdn Bhd (Syarikat Pelaburan Emas) dan Semboyan Malaysia. Kerjasama ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Solusi Bersama Quantum Metal Perniagaan teras QM adalah untuk menyediakan 99.99% produk emas LBMA ke pasaran Malaysia, termasuk agensi kerajaan, bank, institusi kewangan, peniaga dan pengedar individu. QM memulakan hubungan antara bank tempatan dan pembekal jongkong antarabangsa (termasuk PERTH MINT). Produk QM diurusniagakan dalam platform digital yang telah memudahkan entiti sepeiti institusi kewangan berlesen, syarikat berdaftar dan ahli persatuan berdaftar. Dalam majlis ini juga, turut diadakan diskusi mengenai scammer Emas dan kes yang pernah dikendalikan oleh Semboyan Malaysia di mana ramai mangsa terpedaya dengan scammer emas malah ada yang mengalami kerugian jutaan ringgit. Di majlis ini juga, penganjur turut sama menjemput barisan artis seperti Azad Jasmin dan Pablo Amirul bagi berkongsi pengalaman mereka ditipu oleh scammer emas.
Tuan Yusuf Azmi yang mewakili Persatuan Semboyan Malaysia yang merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu pengguna di Malaysia dalam memperjuangkan isu yang berkaitan dengan halal dan haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran, penipuan dan kekejaman terhadap pengguna tanpa mengira bangsa dan agama. Berdasarkan pengalaman Tuan Yusuf Azmi yang banyak membantu menyelesaikan isu dan lantang bersuara dalam pelbagai masalah rakyat marhaen, kini Persatuan Semboyan Malaysia akan tampil dalam memberi penerangan berkaitan permasalahan pelaburan emas demi perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia di samping dapat membantu rakyat dalam menambah pendapatan sampingan.