Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4158

(HIBURAN) Filem “Mamak Cupcake”

$
0
0

Official Poster Mamak CupcakecropSMALL

Masih lagi segar dengan penghasilan filem komedi romantik terbaik Sejoli (Feb 2014), kini Grand Brilliance bakal kembali menayangkan sebuah filem terbaru, ‘Mamak Cupcake’! ‘Mamak Cupcake’ merupakan sebuah filem komedi romantik mengenai seorang waris muda yang beranggapan bahawa kejayaan tidak terletak hanya melalui tradisi keluarga akan tetapi melalui penghasilan cupcake yang cantik!

Diarahkan oleh pengarah dinamik, Woo Ming Jin (melalui filem hebat KL Zombi) dan melalui lakonan hebat pelakon lelaki terbaik Shahiezy Sam (Songlap & Adnan Sempit), Siti Saleha (KL Zombi & Balada Pencinta, Faizal Ismail dan AG Hot FM, ‘Mamak Cupcake’ bakal muncul dengan unsur-unsur komedi yang sesuai ditonton oleh sesiapa sahaja kerana ia menghiburkan!

Filem ini bukan sahaja memaparkan kisah-kisah lucu seorang mamak yang ingin mengejar cita citanya sebagai pembuat cupcake malah membariskan pelakon-pelakon hebat lain antaranya Maria Farida, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Acappan, Dato’ Hasbullah Awang & Adibah Noor.

Filem ini juga menghasilkan runut bunyi hebat yang dinyanyikan oleh Altimet dan Amir Jahari. Apabila ditanya kenapa filem ini dihasilkan, produsernya Tengku Iesta Tengku Alaudin (KIL, KL Zombi & Rock Oo!) menjawab filem ini bukan sahaja sebuah filem komedi malah memberikan inspirasi kepada penonton terutama golongan muda dan remaja dalam mengejar cita-cita dan berusaha sehingga berjaya tanpa istilah putus asa.

Jadi sekiranya anda inginkan sesuatu yang menyeronokkan, menghiburkan dan santai bersama seluruh ahli keluarga, jangan lepaskan peluang menonton ‘Mamak Cupcake’ yang akan menerjah pawagam seluruh Malaysia pada 28 Ogos 2014 nanti.

mamakSMALL

Sinopsis Mamak Cupcake

Dari penerbit KL ZOMBI, ROCK OO! and KIL, kini datang sebuah filem komedi yang berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu Mohamad Jamaludin atau MJ (Shaheizy Sam) yang berdepan dengan konflik dalam menentukan matlamat hidupnya. MJ amat meminati pembuatan cupcake atau cupcake sedang bapanya mengimpikan untuk mewariskan perniagaan tradisi kedai mamak yang dimilikinya kepada MJ. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.

Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

Saksikan trailer ‘Mamak Cupcake’

Youtube Link: http://www.youtube.com/watch?v=XP9RQB1uAIk


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4158