Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4158

(HIBURAN) Senarai Pencalonan Awal Anugerah MeleTOP Era 2015

$
0
0

imageResize

Malam kemuncak Anugerah Meletop Era (AME) tahun kedua yang bakal berlangsung pada 22 Februari 2015 menyaksikan artis-artis terkenal tercalon dalam 18 kategori yang dipertandingkan.

Ini termasuklah empat kategori baharu iaitu ‘Drama TV MeleTOP’, ‘Hos TV MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Manakala dua kategori iaitu ‘Top Top MeleTOP (lelaki) dan Top Top MeleTOP (wanita) dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undia tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Selain itu antara calon bagi kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ yang menarik perhatian adalah Firman dan juga Aman yang merupakan bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia.

Pasti ramai peminat artis-artis yang tercalon tidak sabar untuk megundi bagi memastikan artis kesayangan berjaya memasuki pencalonan akhir anugerah MeleTOP  Era.

Untuk mengundi secara online sila layari www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara poercuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.

Anugerah MeleTOP Era akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 22 Februari 2015 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serenta di Astro Hitz (saluran 705) dan Maya HD (saluran 135).

Berikut merupakan senarai pencalonan awal Anugerah MeleTOP Era:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi – Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku – Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari – Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta – Zizan & Kaka
5) Malaikat – Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple
Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

kredit artikel : astro gempak


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4158