ASUS memperkenalkan secara rasmi barisan peranti terbaru mereka di Malaysia. ASUS memperkenalkan lima produk baru terdiri daripada Fonepad Note FHD 6, VivoBook S551 Series, Memo Pad HD 7, Padfone Infinity dan N550 Series. Pengarah Rantau ASUS Asia Tenggara bagi Kumpulan Perniagaan Sistem Rex Lee berkata, beliau yakin sasaran terbabit dapat dicapai berdasarkan prestasi terkini syarikat sebagai pengeluar jenama notebook nombor satu di pasaran tempatan. Menurutnya, pengenalan produk baru setiap tahun diharap dapat meningkatkan penguasaan keseluruhan syarikat dalam pasaran sekali gus mampu bersaing dengan beberapa jenama antarabangsa yang bertapak kukuh di negara ini. Harga pasaran bagi Asus Memo Pad HD7 RM649, Fonepad Note FHD6 (RM849), VivoBook S551 Series (RM3,499 dan RM2,799), N550 Series (RM3,699 dan RM2,999) manakala PadFone Infinity (RM2,699).
ASUS Fonepad Note 6
ASUS FonePad Note 6 merupakan gadjet separuh 3G telefon dan separuh lagi tablet. Phablet ini yang mempunyai fungsi penuh sebuah telefon mempunyai skrin bersaiz 6 inci dan full HD 1920 x 1080 super IPS Display. Phablet ini menggunakan pemproses dari Intel® iaitu Atom™ Z2580 dua teras dengan kelajuan (2.0 GHz) sebagai pemproses utamanya.
ASUS VIVOBook S551 Series
ASUS Pad Fone Infinity – 5 inch full HD smartphone with 10.1 inch table dock