Red Box kini mengadakan kempen ulangtahunnya yang diberi tema ‘Bersama Kita Raikan’. Promosi berlangsung sepanjang 19 Ogos hingga 31 Oktober 2013, pada setiap hari Khamis, Jumaat & Sabtu, bermula 11 pagi hingga lewat malam di mana-mana cawangan karaoke Red Box dan Green Box. Salah satu acara kemuncak bagi kempen ini adalah penyediaan ‘Bufet Antarabangsa’ di mana Red Box telah bekerjasama dengan pengeluar bahan dan sos Lee Kum Kee dan Unilever Food Solutions untuk mempersembahkan masakan dari negara-negara di seluruh dunia, seperti Itali, Korea, Jepun, Indonesia, Mexico, Brazil dan banyak lagi. Lee Kum Kee Group adalah syarikat multinasional terkemuka di dunia dalam industri perasa sos. Mereka telah menghasilkan lebih daripada 220 jenis produk dengan rangkaian pengedaran di lebih daripada 100 negara dan wilayah di serata dunia. Lee Kum Kee telah menjadi satu nama isi rumah sebagai perusahaan kaum Cina serta jenama antarabangsa yang mencerminkan kualiti dan kepercayaan.
Oleh itu, pusat karaoke Red Box dan Green Box sememangnya teruja kerana dapat berkerjasama dengan Lee Kum Kee Group dalam melancarkan promosi ulangtahunnya yang berkonsepkan “Bufet Antarabangsa” dengan mengunakan resepi-resepi dari seluruh dunia. Melaluinya pelanggan boleh menikmati hidangan dari Mexico, Filipina, Brazil, Itali malah seluruh dunia hanya dengan berkunjung ke Red Box dan Green Box Karaoke tanpa perlu melancong ke luar negara ! Kempen ini bakal dilancarkan oleh selebriti Chef Bruce Lim, iaitu seorang Chef Konsultan untuk Lee Kum Kee. Beliau yang berbangsa Filipina-China, yang lazimnya dilihat dalam rancangan Asian Food Channel, yang bakal mempersembahkan hidangan istimewa beliau bersama-sama dengan Chef Red Box dan Green Box pada pelancaran tersebut.
Pelancaran demonstrasi “Bufet Antarabangsa” bersempena dengan ulangtahun ini turut dimeriahkan oleh barisan artis seperti Kim Jin Sung (JS), Ezzaty Abdullah (pelakon drama ‘Autumn Di Hatiku’), Orange, Da.Mon.Ster & Kah Jun (artis Mandarin). Akhir sekali, bagi mencipta suasana sambutan yang lebih meriah, Red Box turut mengadakan acara permainan ‘Memancing Itik’ sepanjang berlagsungnya promosi ulangtahunnya untuk semua pengunjung karaoke Red Box dan Green Box. Pengunjung yang berjaya bakal membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM100,000! ”Ia merupakan satu pertandingan yang mudah dan cepat. Pelanggan hanya perlu satu hari, mereka menikmati karaoke dan bermain pada masa yang sama dan mereka boleh membawa pulang hadiah dengan serta-merta sekiranya berjaya. Ini adalah salah satu usaha kami dalam menghargai pelanggan di atas sokongan mereka,” ujar Miss Valerie Choo, Pengarah Urusan kumpulan karaoke Red Box. Untuk mengetahui mengenai kempen ulangtahun Red Box dan Green Box, sila layari: www.redbox.com.my
Chef Bruce Lim merupakan seorang yang berdarah Filipina-China, dilahirkan dan dibesarkan di Amerika tetapi kini telah kembali ke Filipina untuk mendalami masakan asli negara asalnya itu. Kemahiran dan kepetahan beliau berkomunikasi ditambah dengan pengaruh pergaulan yang lebih terbuka dengan komuniti dan masyarakat pelbagai bangsa telah menjadikan beliau berbeza daripada chef lain dari Filipina. Beliau sering menekankan bahawa makanan adalah satu perkara yang ‘universal’ yang perlu dikongsi oleh semua. Sentuhan beliau dalam masakan atau makanan diinovasikan dari pelbagai sumber termasuk pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri. Selain mempunyai kepakaran dalam menyediakan masakan tradisional Perancis dan Itali hingga ke Euro-Asia dan antarabangsa, beliau turut terkenal dalam persembahan juga pakar dalam gula tarik (sugar pulling) dan hidangan yang berasaskan coklat.
Chef Bruce Lim melanjutkan pengajian hingga Level Superior of Cuisine and Pastry di Le Cordon Bleu di London. Tidak cukup dengan itu, beliau turut melengkapkan diri dengan sijil kemahiran seperti Hygiene Certified (1997) dari London dan ServSafe Certified (2006) dari California. Pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak hanya terkenal dalam pengendalian & penyediaan makanan malah cemerlang dalam aspek perkhidmatan, kebersihan dan keselamatan juga. Pada usia yang agak muda, Chef Bruce Lim sudah mempunyai satu dekad pengalaman dalam penyediaan makanan. Beliau pernah bekerja di hotel terkemuka, Filipina Century Park Sheraton Hotel dan Jollibee Food Corporation, yang turut mempunyai beberapa cawangan di luar negara. Chef Bruce juga pernah terpilih untuk mengendalikan penyediaan makanan di pelbagai hotel dan pertubuhan di Amerika Syarikat seperti Hyatt Regency Monterey CA, Fish Hoppe Restaurant, MGM Grand Hotel Casino di Las Vegas dan E & O Trading Company di San Jose, California. Tugasan awal beliau di TV bermula ketika dijemput untuk menjadi hos segmen minuman kesihatan dalam rancangan “MagandangUmagaPilipinas” (Selamat Pagi Filipina), sebuah rancangan majalah harian di Filipina yang disiarkan oleh rangkaian penyiaran terbesar di sana. Sementara dalam program Tablescapes, beliau berpeluang melawat ke seluruh negara dengan model pelakon dan hos TV Angel Aquino. Dan di sinilah bermulanya inovasi dalam mencipta dan menghasilkan resipi beliau sendiri dan keterujaan beliau untuk berkongsi pengtahuan beliau tentang makanan Filipina kepada dunia. Apabila tidak di dapur, Chef Bruce akan meluangkan masanya dengan permainan online dan bertinju