Kuala Lumpur, Oktober 26, 2015 – Sambutan bulan PLAY-DOH® yang berakhir dengan penuh gilang-gemilang berjaya memecahkan rekod dengan 1,899 rekaan PLAY-DOH® berilhamkan Malaysia dicipta dalam satu hari di 1 Utama! Jumlah ini baru disahkan oleh wakil dari The Malaysia Book of Records.
“Ianya satu pencapaian yang menakjubkan dan semua peserta berhak mendapat pujian kerana menjadi sebahagian dari usaha untuk membentuk kepelbagaian komuniti,” kata Cik Evelyn Hah, Pengurus Besar, Hasbro Toy Malaysia & Singapura. “Bagi pihak PLAY-DOH®, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran peminat yang begitu ramai dan para penyokong yang datang melawat sepanjang seminggu acara ini berlangsung terutamanya mereka yang datang pada hari Sabtu untuk mereka cipta hasil karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dan menyumbang kepada jumlah keseluruhan yang telah berjaya mencipta rekod baru.”
Beberapa ciptaan dari beribu yang dihasilkan amat menyerlah – pemenang ukiran PLAY-DOH® terbaik (12 tahun ke bawah) dan ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun ke atas) ialah Aina Qistina, 7 tahun dan Alvin Teoh, 36 tahun. Kedua-duanya memenangi hadiah barangan PLAY-DOH® dan tropi PLAY-DOH® eksklusif!
Sambutan bulan PLAY-DOH® menyaksikan beribu-ribu rakyat Malaysia dipenuhi ilham dan menemui semula kreativiti mereka di roadshow PLAY-DOH®, mempelajari cara dan teknik baru di Sekolah PLAY-DOH® serta melakukan eksperimen dengan set permainan baru. Selain itu, kanak-kanak dihiburkan oleh penampilan maskot PLAY-DOH®, Doh Doh
Dapatkan maklumat lanjut tentang PLAY-DOH® di www.playdoh.com