Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all 4156 articles
Browse latest View live

(HIBURAN) Gandingan Hebat Dazrin Kamaruddin & Fasha Sandha Dalam MIRANDA

$
0
0

Poster Mirandacropsmall

TV3 sering menyajikan drama-drama hebat dan menarik buat penonton TV3. Istimewa buat peminat drama TV3, sebuah lagi drama siri berjudul Miranda akan mula bersiaran pada 5 Februari 2014, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam.

Drama terbitan Enuja Production ini diarahkan oleh Along Kamaruddin manakala skripnya pula ditulis oleh Sharifah Abu Salem. Menariknya, drama Miranda ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dazrin Kamaruddin, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Adrea Abdullah, Roy Azman, Zila Bakarin, Datuk Eizlan Yusof, Hafizul Kamal, Mardiana Alwi, Nor Albaniah dan ramai lagi.

Drama bersiri 15 episod ini bermula apabila Miranda (Fasha Sandha) melarikan diri ke Kuala Lumpur setelah memutuskan pertunangan dengan Izwan (Hafizul Kamal) iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah (Nor Albaniah). Izwan cuba memperkosa Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Miranda tidak tahan dengan sikap Izwan yang semakin ligat mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya lalu Miranda melarikan diri ke rumah bapa saudaranya Datuk Shukri (Datuk Eizlan Yusof) untuk menumpang buat sektika.

Kehadiran Miranda di rumah Datuk Shukri ternyata tidak disenangi oleh isteri Datuk Shukri, Datin Rina (Zila Bakarin). Akhirnya Datin Rina menghalau Miranda dari rumahnya dan dia mahu Miranda merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Datuk Shukri. Selepas kejadian itu, Miranda menumpang di rumah kawannya, Mazita. Bagaimanapun, Datuk Shukri berjaya menemui Miranda dan membawa Miranda pulang ke rumahnya.

Anak perempuan Datuk Shukri iaitu Melly (Mardiana Alwi) begitu cemburukan kecantikan yang ada pada Miranda dan layanan mesra yang diberikan Datuk Shukri kepada sepupunya itu. Melly semakin benci pada  Miranda apabila Datuk Shukri menawar Miranda bekerja di syarikatnya.

Sementara itu, anak lelaki Datuk Shukri, Ammar (Dazrin Kamaruddin) baru pulang dari luar negara. Ammar akan dijodohkan dengan Sheena (Andrea Abdullah) namun Ammar lebih sukakan Miranda. Keengganan Ammar mengahwini Sheena  membuatkan Datuk Shukri merancang untuk menyatukan Ammar dengan Miranda. Miranda tidak menolak permintaan bapa saudaranya kerana dia sendiri ingin melepaskan diri dari Izwan.

Ammar sentiasa memberi layanan baik kepada Miranda sejak mereka ditunangkan. Pada mulanya Miranda tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Ammar. Bagaimanapun, sejak Miranda terjumpa beberapa keping gambar seorang wanita berpurdah di dalam diari Ammar yang tercicir di dalam keretanya, perasaan cemburu mula hadir dalam dirinya. Sikap Ammar yang kerap menghilangkan diri di pejabat menbuatkan Miranda semakin mengesyaki Ammar sudah ada pilihan hati sendiri. Apakah yang disorokkan oleh Ammar dari Miranda?

Sementara itu, ayah Sheena  iaitu Datuk Salleh (Roy Azman) yang tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk Shukri kerana tidak menyatukan Sheena dengan Ammar telah menghantar Fezrul untuk membuat kacau dalam syarikat Datuk Shukri. Fezrul (Fauzi Nawawi) turut membuat perasaan Miranda beralir arah kepadanya apabila dia menggunakan ilmu sihir untuk memisahkan Ammar dan Miranda. Kemesraan di antara Miranda dan Fezrul membuatkan Ammar cemburu. Sheena mengambil peluang itu untuk mendekati Ammar.

Hubungan Miranda dan Ammar semakin dingin dan mereka berdua bercadang untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka. Ketika Miranda dan Ammar bertengkar di satu tapak projek, Izwan muncul dan mengambil kesempatan melepaskan tembakan ke arah mereka berdua. Ammar sempat menolak Miranda apabila ternampak Izwan sedang mengacukan pistol ke arah mereka.

Keadaan Ammar parah dan dia koma selama seminggu. Pada saat itu, Miranda diserang kebimbangan dan rasa takut kehilangan Ammar. Miranda banyak mengurungkan diri di dalam rumah kerana dihimpit dengan perasaan bersalah.

Salimah pula masih tidak berputus asa untuk menjodohkan Miranda dengan Izwan. Sehingga dia sanggup menguggut Datuk Shukri untuk membocorkan rahsia kononnya Miranda adalah anak kandungnya bersama isteri kedua. Adakah Miranda dan Ammar adik beradik kandung atau Salimah sengaja menabur fitnah demi kepentingan dirinya? Masih adakah peluang kedua buat Miranda dan Ammar untuk bersama? Atau mereka berdua membuat keputusan untuk tetap berpisah?

Segalanya bakal terjawab dalam MIRANDA yang akan disiarkan mulai 5 Februari 2014, setiap hari Rabu pada 9.00 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan MIRANDA boleh menyaksikan drama ini melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Penonton juga layari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta lama sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.


(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN

$
0
0

flyer 20FORTEENcropgmo

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

 flyer 20FORTEENsmall

 Meneruskan perjalanan seni mereka, FORTEEN telah tampil dengan album debut mereka yang berjudul ‘KITA’ yang dipasarkan pada 23hb Disember 2013 yang lalu. Album `KITA’ memuatkan 6 buah lagu antaranya lagu `Kita’, `Tidak Pernah Berjumpa’, `Dikau Saja’,`Berdua Bersatu’, `Ketika Ini’ dan `Seperti Dulu’. Album `KITA’, mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul `Tidak Pernah Berjumpa’ yang memberikan kelainan dari single terdahulu yang berentak  pop akustik `sing –a-long’ yang santai dan “easy listening”. Album `KITA’ telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat setia mereka .

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh FORTEEN dan bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat FORTEEN, KRU Music Sdn. Bhd. akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29hb Mac 2014,  Konsert ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Konsert ini bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam ini akan dmenggunakkan khidmat `live band’ bagi memantapkan lagi akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh FORTEEN. Tiket konsert ini berharga RM80.00 sahaja. Penjualan tiket konsert telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03 8320 1888, KL Live 03 2162 2570/71/72 dan di Redbox Ria 03 2145 7788. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/utdstudios/info & enquiries@unitedstudios.net , https://www.facebook.com/krustudios https://www.facebook.com/krumuzik  dan juga di Facebook Forteen https://www.facebook.com/officialforteen .

(HIBURAN) SKOOL of LAWAK, program realiti komedi baru di Astro

$
0
0

AMY98062

Astro sekali lagi mengangkat lawak ke medan paling tinggi apabila memperkenalkan sebuah program realiti komedi terbaru yang dijangka mencetuskan fenomena terbaru di televisyen Malaysia iaitu SKOOL of LAWAK. Program realiti komedi baru ini bakal membabitkan hampir 33 peserta yang telah dipilih melalui ujibakat diseluruh negara dan mereka ini seterusnya melepasi halangan bootcamp terakhir yang membolehkan mereka dipilih sebagai peserta akhir program SKOOL of LAWAK. Program ini akan mula bersiaran Langsung  bermula 14 Februari 2014 setiap hari Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna 132 & Mustika HD 134.

DIN_8959

Program realiti komedi baru ini akan menerapkan elemen pembelajaran ala sekolah dalam usaha untuk melahirkan lepasan pelajar yang mempunyai ilmu dalam bidang lawak. Pihak Astro juga telah mengumumkan gandingan mantap 2 pelawak terhebat Johan dan Jepp Sepahtu sebagai pengacara dan Shuk SYJ sebagai pengacara jurna harian SKOOL of LAWAK. Sekolah ini bakal mempunyai pengetua yang diketuai oleh Othman Hafsham dan dibantu oleh 3 tenaga pengajar utama iaitu Sabri Yunus, Ibu Fauziah Nawi dan Khir Rahman

(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013

$
0
0

sepahtu-mlm-finaleGMO

Seperti yang dijangka ramai, kumpulan  SEPAHTU  telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.

Kumpulan JAMBU pula hanya mampu menduduki tempat ke empat dan kumpulan SHIRO pula menduduki tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Kejutan bagi penulis, apabila kumpulan yang dianggap ‘underdog/junior’ dalam persaingan akhir ini iaitu BOCEY berjaya menduduki tempat ke 3. Kejayaan ini membuktikan kemampuan pelawak-pelawak lain yang bukan datang dari saluran Astro, mampu bersaing dengan pelawak-pelawak lebih senior di Malaysia. Penulis amat berminat untuk melihat kumpulan-kumpulan lawak beridea baru seperti BOCEY dan SYJ muncul memeriahkan lagi arena lawak tanah air. Kumpulan BOCEY  menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi dan turut sama memenangi kategori Man of the Match pada kali ini.

Manakala peserta solo iaitu NABIL berada di tempat kelima. NABIL mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi. Setelah terpalit dengan kontroversi sebelum ini, Nabil telah meminta maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat MLM pada satu program Astro. Pada malam akhir tersebut, Nabil sekali lagi membuat ucapan maaf secara terbuka walaupun sebelum ini beliau bertegas untuk tidak meminta maaf dan menganggap beliau tidak melakukan kesilapan. Apapun, bagi pihak penulis, NABIL telah melakukan sesuatu tindakan yang betul kerana merendah diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, syabas buat NABIL.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah. Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish. Pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 telah dihoskan oleh Datuk AC Mizal. Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

(SEMASA) Lebih Seronok, Lebih Sihat dengan Antabax di Desa Water Park

$
0
0

Antabax002

Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang inovatif dan dipercayai, telah  melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran besar-besaran di taman tema Desa Water Park dalam bentuk papan iklan, kertas hiasan dinding, hiasan tiang dan poster, dan pengedaran produk-produk Antabax kepada pengunjung, dengan tujuan menjadikan musim percutian lebih menyihatkan.

Kempen tersebut yang bermatlamat memperbaiki tabiat kebersihan umum di kalangan rakyat Malaysia termasuk ketika waktu senggang dan percutian, memberikan peringatan yang sarat dengan maklumat di segenap pelosok taman hiburan keluarga yang popular dengan pelbagai tarikan air dan gelongsor di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.

Poster dan kertas hiasan dinding dengan maklumat berguna mengenai kebersihan dipaparkan dengan jelas di lokasi yang paling efektif seperti pintu masuk dan pintu keluar tandas, tempat mandi dan bilik salin pakaian.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Sediaan Jaga Diri  Lam Soon Edible Oil, Encik Francis Ng, “Tidak seperti manusia, kuman tidak mengenal rehat. Kadangkala ketika bercuti, kita jadi agak cuai tentang kebersihan. Apabila terlupa membawa sabun atau krim mandian, kita sekadar membilas badan dengan air sahaja. Antabax ingin mengajak semua agar menjadikan tabiat kebersihan sebagai sebahagian penting gaya hidup mereka, sebagai tabiat yang akan sentiasa diamalkan walaupun ketika keluar daripada rutin harian.”

Antabax telah sekian lama mempromosi amalan kesihatan dan kebersihan secara konsisten menerusi kaedah yang kreatif dan luar biasa. Terbaru, jenama tersebut telah menganjurkan pertandingan puisi berirama peringkat kebangsaan dan menghasilkan rancangan televisyen popular di Astro Ria, Antabax Lat-Tali-Lat.

“Pendekatan yang kami gunakan lebih kepada kreativiti dan bukannya khutbah. Kami cuba mengenal pasti situasi-situasi di mana selalu berlaku kealpaan dalam tabiat kebersihan. Antara yang dikenal pasti adalah ketika orang bercuti atau waktu senggang. Kerjasama kami dengan Desa Water Park ini diharapkan membawa perubahan positif,” tambah Encik Ng.

Bagi membolehkan pengunjung mengamalkan apa yang mereka lihat pada bahan-bahan pendidikan tersebut, paket-paket produk Antabax akan diedarkan pada hujung minggu dan cuti umum tertentu sehingga akhir 2014.

“Desa Water Park telah dikenal pasti sebagai tempat yang ideal bagi memulakan kempen ini memandangkan ia dikunjungi ramai keluarga. Ini sejajar dengan rangkaian produk Antabax yang sesuai untuk seisi keluarga,” jelas Encik Ng.

Menurut Pengurus Taman Desa Water Park, Encik David Wan, “Sebagai sebuah taman tema bandar, kami sentiasa dikunjungi pelawat terutamanya pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Kami sebelum ini ada juga tercari-cari aktiviti berbentuk pendidikan yang boleh disesuaikan dengan konsep kami iaitu keseronokan bermandi-manda. Kempen Antabax ini terbukti popular di kalangan pengunjung kami. Mereka sukakan peringatan-peringatan yang comel ini yang menggalakkan mereka membasmi kuman dengan tabiat kebersihan,” kata Encik Wan.

“Kerjasama kami dengan Antabax ini adalah tepat pada masanya dan relevan pula kerana ia menekankan tabiat kebersihan berbentuk pencegahan yang sepatutnya diamalkan oleh kesemua pengunjung. Sumbangan Antabax dalam bentuk bahan-bahan pendidikan berkualiti tinggi dan sabun untuk pengunjung amat bermakna dalam mencetuskan amalan kebersihan di kalangan pengujung dengan mempelajari cara-cara yang betul dan tips kebersihan diri semasa bergembira di taman tema kami,” kata Encik David.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini boleh diperolehi di www.facebook/NewAntabax..

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014

$
0
0

zizan ame2014crop-horzGMO

Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan  Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak  mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah.  Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad. 

Keputusan Rasmi Anugerah Meletop Era AME 2014 Astro : 

1. Anugerah Fesyen Meletop
Zizan Razak

2. Anugerah Couple Meletop
Nabil Ahmad & Nazirah

3. Bintang Siber Meletop
Zizan Razak

4. Artis Baru Meletop
Zara Zya

5. Anugerah Program Radio Meletop
Johara

6. Penyampai Radio Baru Meletop
Nabil Ahmad

7. Group Duo Meletop
Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza

8. Anugerah Penyanyi Meletop
Hafiz

9. Anugerah Lagu Meletop
Hafiz-Bahagiamu Deritaku

10. Program TV Meletop
Maharaja Lawak Mega

11. Anugerah Bintang TV Meletop
Jep Sepahtu

12. Bintang Filem Meletop
Aaron Aziz

13. Anugerah Filem Meletop
KL Gangster 2

14. Anugerah Artis Serantau Meletop
Sleeq

15. Anugerah WeChat Meletop
Zizan Razak

16. Anugerah Meletop ERA (Wanita)
Anugerah Top Top Meletop (Wanita): Zara Zya (RM10,000 + Trofi)

17. Anugerah Meletop ERA (Lelaki)
Anugerah Top Top Meletop (Lelaki): Zizan Razak (RM10,000 + Trofi)

(SEMASA) “WHERE THE HEART IS” Kerja Amal DATO’ SITI NURHALIZA

$
0
0

DSC_4766

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah tampil dengan satu konsert amal ‘Where The Heart Is’ di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre selama dua malam berturut-turut iaitu 7 dan 8 Februari 2014. Konsert  selama 1 jam 30 minit yang bertemakan serba putih ini telah  memberikan pengalaman dan keindahan irama dan lagu serta persembahan yang paling unik, kreatif serta dinamik kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza.

DSC_4053

Dato’ Siti Nurhaliza telah mendendangkan  lagu hits beliau antaranya  ’Kesilapanku Keegoaanmu’, ‘Jerat Percintaan’, ‘Kau Kekasihku’, ’Kau Mawarku’, ‘Siti Situ Sana Sini’ ,’Bukan Cinta Biasa’,  ’Seindah Biasa’, ‘Ku Mahu’ , ‘Pendirianku’, medley ’Purnama Merindu’ & ‘Nian Dihati’, Muara Hati serta lagu medley ‘Tanpa Kalian’ & ‘Intrig Cinta’. Dato’ Siti Nurhaliza turut menjemput penyanyi Hazama untuk berduet lagu cover ‘Just Give Me A Reason’  dimana ia merupakan lagu nyanyian asal penyanyi Pink.  Dato’ Siti Nurhaliza buat pertama kali memperdengarkan lagu baru berjudul ‘Jaga Dia Untuk Ku’ yang bakal dimuatkan dalam album terbaru yang bakal dilancarkan pada Mac ini. Konsert yang berakhir kira-kira jam 11 malam itu diakhiri dengan lagu ‘Biarlah Rahsia’ dan ‘Lebih Indah’.

sitigmo

Konsert amal anjuran bersama Yayasan Nurjiwa dengan  Siti Nurhaliza Production (SNP) dan SimplySiti Sdn Bhd ini bertujuan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan ini turut sama dihadiri tetamu istimewa iaitu D.Y.A.M Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir dan permaisuri Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri serta Ketua Menteri Besar Melaka, Datuk Ir Idris Haron dan isteri.

(HIBURAN) “Jemput Masuk, CEF” …..

$
0
0

DEX_5348resizeGMO

Syarikat minuman gergasi Coca Cola dengan kerjasama TV3 bakal mempersembahkan sebuah program baru “Jemput Masuk, CEF” bersama Cef Kamarul dan komposer terkenal Ajai. Program sebanyak 12 epsiod ini bakal bersiaran bermula 12 Februari 2014, setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 petang di saluran TV3.

Program ini bakal menyaksikan Cef Kamrul akan menyediakan pelbagai menu masakan tempatan bersama pasangan artis jemputan dan selebriti popular sambil diwawancara oleh saudara Ajai. Temubual tersebut berkisar tentang perkembangan terkini dan gossip-gosip hangat dalam industri hiburan tanah air.

“Jemput Masuk, CEF” akan menampilkan 12 pasangan selebriti jemputan iaitu Rozita Che Wan & Zain Saidin, Mawi & Ekin, Dato Fazley & Datin Azrin, Johan Nawawi & Nora, Keith Foo & Nabila Huda, Zainal Abidin & Angelina, Ning Baizura & Omar Shariff, Intan Ladyana& Shah Iskandar, Edrie Hashim & Pat Candy, Liayan Jasmay & Fathuddin, Farawahida & Abdul Syukur serta Fasha Sandha & Jejai.


(HIBURAN) Apabila Emma Maembong Dibuli Fahrin Ahmad Dalam YES BOSS!

$
0
0

Yes Bos! (1)

“Yes Boss!” Itu saja jawapan yang harus diberikan oleh pembantu naif, Aryana setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham. Istimewa buat penonton TV3, drama siri arahan Emi Suffian iaitu YES BOSS! bakal menghiasi petang hujung minggu anda dengan adegan romantik pelakon-pelokon hebat seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Norkhiriah, Julia Zigler, Shamsul Ghau Ghau, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Norlia Ghani, Zafrul Nordin, Raja Ema, Chacha Maembong dan ramai lagi. Drama siri 24 episod ini akan menemui penonton bermula 15 Febuari 2014 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang hingga 6.30 petang.

YES BOSS! menceritakan tentang seorang gadis bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Ilham. Ilham memiliki rupa paras yang kacak dan sifat ego yang tinggi. Ilham tidak sukakan Aryana kerana baginya Aryana tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya. Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan mempunyai bentuk badan yang ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana dari syarikat milik bapanya, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar.

Setiap kali Ilham memberi arahan, Aryana harus menjawab “Yes Boss!”. Aryana juga terpaksa bersubahat setiap kali Ilham tidak hadir ke pejabat dan mengingatkan semua temu janji Ilham bersama teman-teman wanitanya. Ilham sering terlupa dengan temu janjinya kerana dia mempunyai ramai teman wanita.

Dalam diam rupanya Aryana menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi sering dinafikannya. Aryana hanya mampu memendam perasaannya terhadap Ilham kerana Hati Aryana sering terluka akibat sikap kaki perempuan Ilham.

Sikap kaki perempuan Ilham mula berubah apabila dia mengenali Melina. Ilham merasakan Melina adalah calon sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya. Ilham turut meminta pertolongan Aryana untuk mencari hadiah yang sesuai buat Melina. Meskipun, Aryana sedih kerana lelaki idamannya sudah bertemu cinta hati namun dia tetap berusaha menggembirakan Ilham dengan membantu menyatukan bosnya itu dengan Melina.

Tanpa disedari rupanya Melina mempunyai agenda tersendiri. Melina berpakat dengan Jeffry iaitu pesaing utama perniagaan Ilham untuk merebut tender projek dan menjatuhkan syarikat Ilham. Setelah Ilham dan Melina bertunang, Jeffry mula memainkan peranannya dengan memikat Aryana namun rancangannya gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu yang tidak baik tentang Jeffry terhadap dirinya.

Apabila Aryana ternampak Melina keluar bersama Jeffry, dia dan pembantu pemandu kereta Ilham, Harun mula menyiasat hubungan mereka berdua. Aryana dan Harun cuba memberitahu Ilham tentang Melina. Namun, Ilham tidak mempercayainya dan menuduh mereka berdua sengaja mengadakan cerita. Aryana sakit hati dan berhenti dari berkhidmat di syarikat Ilham. Kemudian, Aryana membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.

Lain pula ceritanya apabila Aryana berada di kampung. Udin, rakan lama Aryana masih menagih cinta Aryana. Sementara itu, ketiadaan Aryana membuatkan Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Dia mula merindui gadis itu dan menyedari dia telah jatuh cinta pada Aryana.

Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana agar kembali bekerja sebagai pembantu peribadinya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Ilham untuk memenangi hati Aryana. Tambahan pula, Ilham terpaksa bersaing dengan Udin untuk merebut hati Aryana. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya sebelum ini? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang akan menjadi pilihan Aryana? Adakah Udin yang setia menunggu Aryana dari dulu lagi? Atau Ilham, jejaka idaman Aryana?

Ingin mengetahui kesudahan drama siri YES BOSS!, jangan lupa untuk menyaksikan drama terbitan Zeel Production ini setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang hanya di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang YESS BOSS!, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN

$
0
0

EZA_1446gmo

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Meneruskan perjalanan seni mereka, FORTEEN telah tampil dengan album debut mereka yang berjudul ‘KITA’ yang dipasarkan pada 23hb Disember 2013 yang lalu. Album `KITA’ memuatkan 6 buah lagu antaranya lagu `Kita’, `Tidak Pernah Berjumpa’, `Dikau Saja’,`Berdua Bersatu’, `Ketika Ini’ dan `Seperti Dulu’. Album `KITA’, mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul `Tidak Pernah Berjumpa’ yang memberikan kelainan dari single terdahulu yang berentak  pop akustik `sing –a-long’ yang santai dan “easy listening”. Album `KITA’ telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat setia mereka .

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh FORTEEN dan bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat FORTEEN, KRU Music Sdn. Bhd. akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29hb Mac 2014,  Konsert ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Konsert ini bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam ini akan dmenggunakkan khidmat `live band’ bagi memantapkan lagi akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh FORTEEN. Tiket konsert ini berharga RM80.00 sahaja. Penjualan tiket konsert telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03 8320 1888, KL Live 03 2162 2570/71/72 dan di Redbox Ria 03 2694 7788. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/utdstudios/info & enquiries@unitedstudios.net , https://www.facebook.com/krustudios https://www.facebook.com/krumuzik  dan juga di Facebook Forteen https://www.facebook.com/officialforteen .

(SEMASA) Huawei akan perluaskan rangkaian peranti mudah alih di Malaysia, sedia untuk pertumbuhan dalam 2014

$
0
0

Photo 2

Kuala Lumpur, 17 Feb 2014 : Huawei, syarikat pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka global, hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperluaskan kewujudannya di Malaysia tahun ini dengan membawa masuk lebih banyak peranti mudah alih perdana serta membuka kedai di pusat-pusat pasaran utama. Selain itu, syarikat gergasi telekomunikasi itu juga merancang untuk meningkatkan lagi aktiviti komunikasi pemasarannya bagi membina kesedaran yang lebih kukuh mengenai jenama Huawei di negara ini.

Photo 3

Dalam taklimat media di sini, hari ini, Gary Xu, Pengarah Negara bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei di Malaysia berkata, “Sejak 2011, Huawei Malaysia telah menampilkan kewujudannya dalam pasaran pengguna menerusi langkah memperkenalkan rangkaian hebat peranti mudah alih yang memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna. Kami berasa gembira untuk menyatakan bahawa usaha kami kini membuahkan hasil. Satu kajian yang dijalankan oleh

IPSOS, sebuah syarikat penyelidikan pasaran global, menunjukkan kesedaran mengenai jenama Huawei dalam kalangan pengguna Malaysia pada 2013 ialah 39%, satu pencapaian yang membanggakan kerana kami hanya memulakan program pengguna kami dua tahun lepas. “Berdasarkan momentum ini, kami bersedia untuk terus meningkatkan lagi pertumbuhan kami pada 2014. Strategi kami tahun ini adalah serampang tiga mata. Pertama, kami akan membuka beberapa kedai konsep Huawei di lokasi-lokasi utama di Kuala Lumpur dan mungkin di pusat pasaran lain bagi membolehkan para peminat kami dan orang ramai untuk meninjau dan membeli produk kami. Sempena pembukaan kedai-kedai konsep ini, kami akan membawa masuk lebih banyak model perdana ke dalam pasaran Malaysia. Akhir sekali, dan tidak kurang pentingnya, kami akan menambah pelaburan kami dalam komunikasi pemasaran termasuk memperbanyakkan lagi aktiviti lapangan dan promosi pengguna.”

Semasa taklimat media itu, Xu juga mengumumkan para pemenang bagi pertandingan percutian global Huawei yang baru berakhir iaitu ‘Unlock Possibilities’. Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ mempelawa para peminatnya untuk bermain permainan dalam talian dan saling berhubung bagi merebut peluang untuk memenangi rangkaian hadiah menarik yang termasuk dua (2) buah kereta Mercedes-Benz. Pertandingan ini diadakan pada laman Facebook Huawei Device dan laman mudah alih unlockpossibilities.mobi dari 1 Disember, 2013 hingga 31 Disember, 2013.

“Pertandingan ini menerima sambutan hangat dan melangkaui jangkaan kami! Ia menarik lebih 3.8 juta penyertaan dari 32 negara,” kata Xu. “Apa yang membanggakan kami ialah rakyat Malaysia menyapu bersih semua hadiah utama bagi pertandingan ini. Kedua-dua pemenang bagi hadiah utama kereta Mercedes-Benz adalah rakyat Malaysia, dan ini merupakan  kemenangan yang menakjubkan. Ia membuktikan bahawa mesej ‘Make it Possible’ (Pastikan ia Boleh) benar-benar senada dengan semangat “Malaysia Boleh” para peminat kami,” tambah beliau.

Pada majlis penyampaian hadiah itu, dua pemenang hadiah utama menerima kereta Mercedes-Benz E200 yang setiap satunya bernilai RM366,888. Ketika ditemu ramah, Vincent Tay Boon Seng, 30, dari Seremban dan Lim Hoe Lee, 50, dari Kuala Lumpur nyata amat gembira dengan kemenangan mereka. “Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ adalah satu permainan dalam talian yang menyeronokkan dan saya menyertainya tanpa menyangka langsung akan memenangi hadiah utama. Ini sememangnya  satu impian menjadi kenyataan  -  terima kasih kepada Huawei kerana memastikannya boleh !” kata Lim, seorang eksekutif jualan.

Vincent, seorang pembantu tadbir yang kini bekerja di Singapura, berkata,  “Ini adalah permulaan yang hebat bagi tahun baharu. Ia adalah satu kejutan yang menyeronokkan untuk mengetahui bahawa seorang lagi pemenang ialah rakan permainan Facebook saya, Lim. Huawei sememangnya boleh memastikan adanya hubungan!” Sebanyak 60,000 hadiah pakej tambahan juga diberikan kepada para peserta pertandingan

‘Unlock Possibilities’ Huawei di seluruh dunia, yang termasuk telefon pintar Ascend P6 HUAWEI yang cantik dan tipis dengan ketebalannya hanyalah 6.18mm dan menampilkan pemproses 1.5GHz empat teras dan badan logam yang anggun. “Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ terus menunjukkan komitmen Huawei untuk memastikan saling berhubung boleh dilakukan dan memberikan pengalaman luar biasa bagi semua orang di semua tempat. Ini member permulaan yang kukuh bagi 2014 dengan kami terus membawa keseronokan teknologi kepada lebih ramai orang di seluruh dunia dan di Malaysia,” kata Xu

(HIBURAN) Pelancaran Muzik Video Terbaru “UMI” dan Konsert Amal “My Journey” Dato Shake

$
0
0

IMG_1246

Setelah sekian lama tidak mengadakan konsert untuk peminat beliau, penyanyi tersohor Malaysia yang mencipta nama di Perancis, Dato Shake telah mengumumkan berita gembira untuk peminat beliau di Malaysia. Bertempat di Heritage Club, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Dato Shake telah mengumumkan perancangan konsert amal pertama beliau sempena majlis Pelancaran video muzik terbaru Dato’ Shake – “UMI”.  Konsert Amal Bakti Dato’ Shake dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ini bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 10 Mei 2014.

IMG_1251

Ditanya mengenai pemilihan lokasi di Kuching Sarawak, Dato Shake menjelaskan bahawa ada satu nostalgia pada diri beliau apabila bercakap pasal Kuching, Sarawak. Beliau menjelaskan ketika pemergian arwah ibunya, ketika itu beliau sedang mengadakan persembahan, beliau tidak dimaklumkan tentang berita sedih tersebut sehinggakan persembahan beliau terpaksa ditamatkan lebih awal disebabkan beberapa masalah luar jangka. Dato Shake, bertolak balik dalam penerbangan pertama pada keesokan paginya untuk menghadiri pengebumian ibunya. Namun begitu, sebab paling jelas ialah kesudian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk berkerjasama kerana menterinya berasal dari Sarawak dan keupayaan mendapatkan tajaan untuk konsert yang cepat di negeri tersebut. Perancangan konsert tidak terhenti disitu  sahaja kerana ia bakal menjelajah beberapa venue lagi di Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut juga, pihak media dipertontonkan dengan muzik video terbaru untuk lagu ‘UMI’ yang pembikinannya dilakukan di lokasi terkenal sekitar Paris. Dato Shake menjelaskan bahawa video muzik tersebut diarahkan sendiri oleh anak lelaki beliau Amaro. Perubahan ketara pada video muzik ini adalah gubahan semula melodi lagu UMI yang lebih berentak blues dan lebih segar.

(SEMASA) OPPO Debuts in Malaysia Launches flagship N1 smart phone and three other smartphone models

$
0
0

N1_1

KUALA LUMPUR, February 18, 2014 – OPPO Electronics Corp, an international manufacturer of  smartphones  is making its debut in Malaysia with the launch of its flagship Android handset, the OPPO N1. OPPO is a globally registered technology brand that has carved a significant presence in North America  and  Asia.  Having entered the mobile market  in 2008, OPPO Electronics now boasts a network of offices in several countries including Thailand, Indonesia, Vietnam, India and Mexico. The company also has an office in the United States, where it markets its blu-ray range of products.

“Malaysia is an exciting market for us. The people here are technology savvy and are constantly looking for compelling designs and advanced capabilities for their mobile applications. We believe OPPO is the right match as our main  focus is meeting our customers‟ needs.  We are a young and innovative company that develops devices to give each user a unique experience without sacrificing simplicity. What makes us different is that from the very beginning, we vowed never to become a regular brand,” said William Fang, OPPO Electronics Chief Executive Officer.

On the OPPO N1, he said more than 1,500 engineers were involved in the research and development process to create the cutting-edge smartphone. The company‟s engineers produced 200 patent applications every month for technology innovations, placing OPPO among the 10 most productive companies in terms of technology innovations.

“Typically, we would require a research period of 9-12 months to manufacture a smartphone but for the N1 we invested 18 months in R&D. We manufactured some parts of the phone in-house, and the units underwent several tests including temperature, humidity, and weather conditions before they were ready for the shelves,” explained Product Manager, Haifeng Wang.

OPPO N1, the star of the N series features a 5.9-inch 1080p display, Snapdragon 600, 2GB of RAM, 16GB of storage, and the signature swivelling 13MP camera. The biggest highlight of the OPPO N1 is its camera, which can rotate up to 206 degrees and can lock at any angle.

N12 spec

“The key is customers no longer have to choose between tak ing a selfie with a lower quality front camera or with the higher quality back camera but shooting blind. Now, all we need to do is just swivel it around and get the shot we want with the same camera”,  beamed Brand Manager, Lu Chen.

The O-touch panel on the backside of the N1 can switch on the picture mode without touching the screen, and take pictures with it.. It also offers a keychain-friendly O-Click remote that caters for off-device operation and control, including remote camera operation. It connects wirelessly to the smartphone via Bluetooth, and it is set on an alarm sound connection on the phone and O-Click to help locate a misplaced N1 or O-Click. The N1 is priced at RM1798.

The OPPO N1 also has the distinction of being the  first to  come with Color OS,  and it has over 400 unique design improvements and 37 unique patents in the OS for highly improved usability and artistic look. The Color OS‟ unique features allow customers to draw on the screen with one finger, turn on the  phone, camera, or any other applications easily.  The Color OS can  be activated with a simple touch of a finger and it can recognize gestures.

“For instance,  with  one finger  you  can turn on the phone/flash,  two fingers  to control volume, and  three fingers  to screen shoot. With  more than three  fingers, you can turn on the  camera, and this is called the N1‟s multi-finger gesture,” added Haifeng Wang

Simultaneously, the company is also introducing the Find 5 Mini, the R1 and the OPPO Neo. All three phones have distinct features and benefits targeted at different customer segments. The OPPO Find 5 Mini  comes with a 4.7-inch screen with a 960 x 540p resolution, 1.3GHz quad-core processor, 1GB RAM and 4GB ROM. It has a 2000mAh battery packed inside a 7.75mm  thick body. The phone features an 8 mega-pixel f/2.0 rear camera, along with a 2 mega-pixel front. The device gets OPPO‟s take on Android, i.e., Color OS which is based on Android v4.2 Jelly Bean.

With admirable specifications, the OPPO R1 offers a 5-inch IPS display boasting a resolution of 1280 x 720 pixels with a 1.3GHz quad-core processor and 1GB of RAM. The handset is 142.7 x 70.4 x 7.1mm in size and weighs only 140 grams. The Oppo R1 also has an 8MP camera on the rear with f2.0 aperture as well as a  5MP front-facing camera for video calls. Other key OPPO R1 specifications include 16GB internal storage, WiFi, Bluetooth, TD-SCDMA/GSM, Android 2.2 Jelly Bean.

Targeted at the low-end market, the OPPO Neo has a 4.5 inch screen size with IPS display 854 x  480 pixel resolution. It is powered by dual-core 1.3GHz processor and sports with 512MB of RAM. The phone is coupled with 5 megapixel rear camera and 2 megapixel front facing camera, and runs on Android 4.2 Jelly Bean with Color OS user interface and a Quick reach gesture to operate the phone. OPPO Neo also has dual-SIM dual standby and has 1,900 mAh battery capacity in 132 x 65.8 x 9.2mm body dimension, and weighs in at 130g. With the launch of four mobile phones, William Fang  said that OPPO, which means  ‘friend’ or ‘companion’ hopes to become good friends with the over  42 million mobile subscribers in Malaysia, who make-up 143% of the mobile penetration rate in the country.

(SEMASA) Astro melancarkan Panduan TV pelbagai bahasa pertama di Malaysia

$
0
0

From Left - Brian Lenz, Chief Innovation Officer, Astro & Liew Swee Lin,...

Astro hari ini melancarkan Panduan TV pelbagai bahasa generasi baru, yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang boleh didapati untuk semua pelanggan Astro B.yond secara berperingkat di seluruh negara mulai 24 Februari 2014. Pelanggan kini boleh menikmati rancangan kegemaran mereka dalam bahasa pilihan mereka iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil .

From Left - Brian Lenz, Chief Innovation Officer, Astro & Liew Swee Lin,..._1

Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, “Di Astro, kami sedar bahawa misi kami ialah untuk menambah baik, memajukan lagi dan menerapkan inovasi dalam setiap aspek perniagaan kami agar menjadi jenama pilihan pelanggan. Astro berpegang kepada janji jenama untuk terus melabur dalam infrastruktur, teknologi dan kandungan dan menambah nilai yang ditawarkan untuk membawakan pengalaman hiburan terbaik kepada pelanggan dan penonton kami. Kami amat sukacita untuk mengumumkan satu lagi mercu jaya penting bagi Astro, iaitu pelancaran Panduan TV pelbagai bahasa generasi baru untuk menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih peribadi dan lebih menarik, di samping menyepadukan menonton TV kepada Astro on the Go (AOTG) dengan lancar untuk pelanggan kami.”

Pelanggan dan penonton akan dapat melihat Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) dan Astro on the Go yang serba baru dalam bahasa pilihan mereka untik pengalaman TV yang lebih peribadi. Pengaturcaraan Elektronik  baru menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk mencari dan menonton kandungan, pada masa pilihan mereka – secara langsung, dirakam pada PVR atau melalui ribuan kami jam kandungan On Demand kami. Antara ciri utama EPG adalah seperti berikut:-

  • Panduan TV pelbagai bahasa pertama untuk membawakan pengalaman yang lebih menarik dan bermakna bagi pelanggan yang mahu menonton rancangan kegemaran mereka dalam bahasa pilihan mereka, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil.
  • Katalog Video On Demand (VOD) yang menyediakan keupayaan pelayaran dan pencarian lebih baik mengikut genre, tajuk, musim dan episod, sekali gus membolehkan pelanggan mengawal dan memilih cara mereka menikmati hiburan.
  • Kemudahan rakaman lebih baik, yang membolehkan pelanggan yang mempunyai PVR terhubung menguruskan dan memantau rakaman PVR dan pembelian VOD, semuanya dari satu tempat. Pelanggan boleh menonton semua episod yang dirakamkan daripada sesuatu siri, menapis dan menyusun tajuk mengikut tarikh dan musim, dan juga mengunci perpustakaan rakaman mereka untuk mengelakkan daripada rakaman dipadamkan secara tidak sengaja.
  • Enjin pencarian yang ditambah baik dan lebih canggih untuk pelayaran dan pencarian kandungan lebih mudah, di mana rakaman atau tajuk dikategorikan mengikut bahasa, tahun siaran dan tarikh dan masa siaran di samping keupayaan menapis dan membahagikan kandungan berasaskan turutan abjad, tempoh rakaman, tarikh luput dan banyak lagi.

Brian Lenz , Ketua Pegawai Inovasi di Astro menambah, ” Astro terus melabur demi manfaat pelanggan kami dengan memberi mereka lebih banyak pilihan kandungan dan pengalaman hiburan terbaik di kalangan yang setarafnya. Kini, perkhidmatan VOD kami menawarkan hampir 5,000 tajuk meliputi filem, drama, dokumentari dan banyak lagi yang pasti akan diperluas pada masa depan. Seiring dengan pertambahan kandungan VOD dan lebih banyak program daripada kandungan saluran kami direkodkan, EPG pelbagai bahasa kami yang baru akan memudahkan navigasi, dengan itu membolehkan pelanggan kami untuk melayari dengan mudah dalam gedung e-DVD peribadi mereka untuk mencari program-program yang mereka mahu menonton.

Kami mempunyai lebih 470,000 pelanggan PVR pada akhir bulan Oktober 2013. Dengan semua penambahbaikan kepada EPG, kami menjangka untuk melihat trend menaik dalam ‘shift masa’ melihat di kalangan pelanggan-pelanggan kami , kerana mereka mengawal jadual TV untuk merakam lebih banyak program untuk menonton mengikut keselesaan mereka. Selain itu , integrasi bersih On Demand ke dalam pengalaman yang akan menggalakkan lebih banyak pelanggan untuk bersambung kotak mereka kepada perkhidmatan jalur lebar mereka untuk mengambil kesempatan daripada perpustakaan yang luas tangkapan dan Pay per View gelaran yang ada pada mereka . “

Setakat akhir Oktober 2013, kami mempunyai lebih daripada 470,000 pelanggan PVR. Dengan segala penambahbaikan yang dibuat kepada EPG, kami meramalkan peningkatan trend dalam tontonan ‘peralihan waktu’ di kalangan pelanggan, untuk merakam lebih banyak program untuk menonton mengikut keselesaan mereka. Kami yakin ciri keupayaan pelayaran dan pencarian lebih baik akan meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan VOD dan PVR terhubung untuk mengakses arkib ‘Catch Up TV’ dan ‘Pay Per View’ yang disediakan untuk para pelanggan”.

Secara purata, seorang pelanggan Astro meluangkan kira-kira 72 minit seminggu menonton AOTG, iaitu peningkatan 100% dari segi masa yang diluangkan menonton video di dalam talian tahun lepas.  Untuk menyelaraskan pengalaman tontonan bagi pelanggan pada semua skrin, Astro telah menawarkan pengalaman pengguna yang sama menerusi Astro on the Go, yang mencatatkan bilangan muat turun terkumpul lebih 700,000 kali dengan peningkatan 75% pelanggan berdaftar secara tahunan. Pelanggan AOTG boleh memanfaatkan EPG pelbagai bahasa, kemudahan menyaksikan acara sukan secara langsung, menonton TV dan filem berasaskan permintaan selain daripada 30 saluran TV yang kini boleh dinikmati. Malah, kandungan AOTG kini boleh ditonton dengan lebih mudah kerana pengguna dapat menonton rancangan terpilih secara percuma tanpa perlu mendaftar, lantas menambah minat terhadap perkhidmatan tersebut.

Panduan TV terbaru akan dimuat turun secara automatik ke semua set peranti Astro B.yond mulai 24 Februari 2014 secara berperingkat. Pelanggan Astro B.yond dinasihatkan untuk meninggalkan set peranti mereka dalam mod standby (tunggu sedia) untuk menerima perisian yang dikemas kini. Sila layari www.astro.com.my/epg atau menonton Saluran 100 (mulai 22 Februari) untuk maklumat lanjut. Untuk maklumat lanjut tentang Astro on the Go, sila layari www.astro.com.my/onthego.

(HIBURAN) Nantikan Filem “Apokalips X” pada 3 April 2014 di pawagam.

$
0
0

securedownloadcropsmallgmo

Perang Kimia telah memusnahkan dunia dan hanya meninggalkan sekumpulan anak muda yang berjuang untuk terus hidup.  Tiga orang pahlawan utama yang tinggal selepas peperangan tersebut iaitu X (Farid Kamil), Sri Gala (Peter Davis) dan Kala Jengking (Jehan Miskin). Masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang begitu taat kepada mereka. Apokalips X mengisahkan perjuangan geng-geng tersebut dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujudnya rasa dendam dan benci di antara mereka.  X yang digeruni pada zaman kegemilangannya dahulu bertekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila.

Tetapi perjanjian damai yang telah memberhentikan perang kimia dan pertempuran maut satu ketika dahulu menjadi semakin terancam apabila Aman Chai (Adam AF), pengikut utama X jatuh cinta kepada anak kesayangan Sri Gala iaitu QiQi (Miera Liyana). Pergelutan yang tercetus akibat daripada hubungan cinta tersebut dan juga hasutan Kala menyebabkan QiQi tercedera parah. Sri Gala yang meradang dengan kejadian itu bertekad mahu keluar daripada perjanjian damai yang telah termeterai bertahun lamanya.

Apabila ketegangan antara X dan Sri Gala semakin memuncak, Kala yang gila kuasa pula mengambil kesempatan dengan merancang tindakannya untuk menjatuhkan kedua-dua geng tersebut. Kala berjaya menambahkan bilangan pengikutnya disamping bersiap sedia untuk membuat serangan.

Peperangan yang pernah memusnahkan segalanya sudah pasti akan berulang. Sanggupkah Aman Chai, QiQi dan anak-anak muda yang lain bertahan dan terus hidup? Adakah X akan setia berpegang kepada pendiriannya untuk tidak berperang setelah bersetuju dengan perjanjian damai satu waktu dahulu?Apakah Kala berjaya menguasai semua kawasan seperti yang diimpikannya? Nantikan Apokalips X, 3 April 2014 di pawagam.

Pengarah                    Mamat Khalid

    Penerbit                      Astro Shaw      

LAKONAN

NAMA                                     WATAK

Farid Kamil                                          X

Jehan Miskin                                      Kala

Peter Davis                                         Sri Gala

Zoee Tan                                              Kulat

Vassanth                                             Melur

Dazzrin Kamarudin                          Chin Long

Sarimah Ibrahim                               Zara

Adam AF                                              Aman Chai

Nur Hazwani                                      Kangkung

Iqram Dinzly                                       Razor

Pekin Ibrahim                                    Lipan

Miera Leyana                                     Qi Qi

XY Zakaria                                            Bintang

Zappa Khalid                                      Sawan

Adam Khalid                                       Balung

Amen Khalid                                      Amen

Azwan Kaswi                                      Pipit

Dayana Anak Wayang                    Kunyit

Pyan Habib                                         Pendita

Amira Izzati                                         Kobis


(HIBURAN) ‘AKU AKAN MUNCUL’ satu langkah berani RM Vision Film

$
0
0

POSTER JPEGcrop

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri perfileman tempatan dilihat menunjukkan perkembangan yang positif dengan lebih banyak filem dihasilkan serta kemunculan banyak penerbit baharu yang mula menceburi dunia pembikinan filem.

Tambahan pula, terdapat juga beberapa filem yang mencatatkan kutipan tiket yang memberangsangkan, terutamanya dalam kategori genre seram yang ternyata terus mampu menarik masyarakat dari pelbagai umur, budaya dan latar belakang ke pawagam. Ternyata jika dilihat dari penilaian statistik buat beberapa tahun kebelakangan ini, genre Seram merupakan genre yang membuat kutipan paling konsisten dan acap kali membuat kutipan diluar jangkaan.

Justeru itu, sebagai sebuah syarikat produksi masih muda, RM Vision Film Production Sdn. Bhd.  tampil di hadapan peminat-peminat filem tempatan, dengan filem sulung mereka yang bertajuk AKU AKAN MUNCUL. Sebuah filem seram, khas buat penggemar filem seram tanah air.

Dalam menterjemahkan ayat-ayat di dalam buku skrip ke atas layar perak, syarikat produksi, RM VISION PRODUCTION SDN BHD telah menagih keringat dan kreativiti Encik Roy untuk mengarahkan filem ini. Dengan suntikan idea, pengalaman dan kreativiti beliau, akhirnya Encik Roy berjaya merealisasikan skrip nukilan Qash Aris menjadi sebuah filem seram yang padat dengan adegan penuh debaran, misteri, kejutan serta mempunyai isi tauladan buat tatapan penonton.

Pelbagai isu yang begitu dekat dengan masyarakat kita cuba ditimbulkan oleh Qash Aris di dalam filem AKU AKAN MUNCUL, dimana penonton seperti boleh mengaitkan apa yang dilihat di layar dengan perjalanan hidup seharian masyarakat kita sendiri. Isu dendam, cemburu, hilang pedoman, taksub pada dunia dan sikap sanggup berbuat apa sahaja demi melunaskan keinginan dan hasad dengki menjadi intipati kepada perjalan plot filem ini.

Sesuatu yang menarik tentang filem tersebut apabila ia menampilkan beberapa pelakon popular tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Mutalib, Julia Ziegler, Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly.

Tidak ketinggalan juga beberapa orang pelakon baru yang turut menjayakan filem AKU AKAN MUNCUL ini iaitu Angah (Bocey Maharaja Lawak Mega), Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie, Firah, Shairah dan Azura.

Filem yang menelan belanja dengan kos sebanyak RM1.8 juta itu telah menjalani penggambaran selama 40 hari iaitu pada bulan Oktober dan November 2012. Lokasi penggambaran pula dilakukan di beberapa buah lokasi menarik di sekitar negeri Johor Darul Takzim.

Kini, setelah hampir dua tahun Aku Akan Muncul dihasilkan, filem yang sarat dengan adegan suspen dan menyeramkan ini bakal menghantui penonton menerusi tayangannya di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 27 Februari 2014.

aku munculSMALL

Sinopsis AKU AKAN MUNCUL

Mengisahkan tentang Kesuma yang mempunyai raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikkannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti Manja, Melor, Putih dan Melati berasa bosan dengan tingkah lakunya.

Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma itu tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai bersama Manja. Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk. Bagi memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta pertolongan Mak Yam yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.

Namun begitu, usaha untuk memulihkan wajahnya itu bukanlah mudah kerana Mak Yam meletakkan syarat supaya Kesuma membunuh seorang anak dara dan tiga orang kanak-kanak perempuan yang tinggal di kampungnya iaitu Kampung Ledang yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Untuk memenuhi permintaan tersebut, Kesuma bertindak kejam dengan membunuh rakannya, Mawar serta dua orang kanak-kanak perempuan, tetapi hasratnya mahu membunuh seorang lagi kanak-kanak iaitu anak kepada Ramlee tidak kesampaian apabila dihalang oleh Arjuna yang juga merupakan adiknya sendiri dan kekasih kepada Mawar.

Ketika mahu menahan perbuatan kakaknya itu, Arjuna sendiri terbunuh, tetapi sebelum mati dia sempat berpesan kepada Ramlee yang merupakan anak kepada penghulu kampung supaya menyelematkan anaknya daripada disembelih Kesuma.

Kemudian, Ramlee bersama penduduk Kampung Ledang menangkap dan membunuh Kesuma dengan membakarnya. Namun begitu, jantung Kesuma tidak terbakar dan Pak Tam, ayah kepada Ramlee mengarahkan supaya jantung Kesuma yang ditikam dengan kerisnya dibungkus dan ditanam di tepi tasik di kawasan Gunung Ledang.

40 tahun kemudian sekumpulan pelajar kolej yang diketuai Zack membuat penyelidikan tentang kajian geologi di Gunung Ledang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Jeff, Angah, Diana, Tasha, Linda dan Farah.  Pada masa sama, Datuk Kamaruddin bersama isterinya, Datin Rozita dan dua orang anak mereka, Fatin dan Hadi turut pergi ke rumah baru mereka yang terletak di kawasan Gunung Ledang.

Ketika melakukan kajian berkenaan, pemandu sampan berpesan kepada semua pelajar kolej tersebut supaya tidak melakukan sesuatu kubur di mana jantung Kesuma ditanam. Bagaimanapun, Tasha tidak menghiraukan pesanan itu dan mengoreknya serta membuat jantung berkenaan ke dalam tasik. Ternyata perbuatannya itu telah menghidupkan semula Kesuma.

Kemudian Kesuma mula mengganggu penghuni yang berada di sekitar kawasan tersebut serta ingin menculik Fatin yang ingin dijadikan mangsa terakhirnya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Mak Yam kepadanya dahulu.

Sebelum mahu melakukan perkara tersebut, Kesuma terlebih dahulu mahu melakukan siri pembunuhan yang melibatkan para pelajar kolej berkenaan. Tujuannya berbuat demikian kerana ingin membalas dendam terhadap Ramlee yang bertindak membunuhnya sebelum ini.

(HIBURAN) SIRI PALING POPULAR DI TONTON ‘AUTUMN DI HATIKU’ KEMBALI UNTUK MUSIM KE-2!

$
0
0

image003

Tonton, portal video no. 1 di Malaysia dengan bangganya bersama Garnier membawakan kembali siri web original AUTUMN DI HATIKU (dengan rekod tontonan video mencapai hampir 1 juta) untuk musim ke-2. AUTUMN DI HATIKU 2 menampilkan Hanez Suraya, Kim Jin Sung (JS), Ezzaty Abdullah serta sahabat baru mereka Amran Ismail, Iedil Putra dan aktres kacukan Korea-Perancis yang meningkat naik, Youmie Robert. Siri ini bakal ditayangkan bermula 27hb Februari 2014 dengan episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari.

AUTUMN DI HATIKU 2 meneruskan kesinambungan musim pertama apabila Nina (Hanez Suraya) kembali solo dan kini menguruskan perniagaan bakeri. Selain memendam rasa rindunya terhadap Zidick dan Autumn (Kim Jin Sung), Nina perlu berhadapan dengan pesaing perniagaannya. Sebuah kedai bakeri milik Summer (Youmie Robert) baru sahaja dibuka dan telah menarik perhatian ramai pelanggan.  Nina, Jaja (Ezzaty Abdullah) dan rakan mereka, Ramon (Iedil Putra) mulai merancang strategi untuk mengatasi pesaing perniagaan mereka, yang juga merupakan seteru Nina dalam merebut perhatian Autumn.

Rakan perniagaan Autumn, Rizal Abdul Waris (R.A.W lakonan Amran Ismail) pula tiba-tiba muncul cuba memikat hati Jaja tetapi pada masa yang sama mahu menyingkirkan Autumn daripada syarikatnya.

Mungkinkah hubungan Autumn dan Nina kembali bersatu? Atau kehadiran Summer memusnahkan segalanya?

Musim ke-2 ini juga menyaksikan jenama penjagaan kulit terkenal – Garnier yang turut tampil bersama menerusi siri ini. “Garnier percaya yang kecantikan wujud dalam diri semua dan ingin menjadi jenama pertama yang memupuk falsafah ini di kalangan generasi muda. Inspirasi kami agar pengguna menerima kecantikan mereka dan berasa selesa dengan diri sendiri selain mempercayai Garnier mampu menawarkan mereka apa yang diperlukan untuk kelihatan cantik dan gembira dari segi luaran dan dalaman,” ujar Christina Low, Pengarah Pemasaran Garnier.

AUTUMN DI HATIKU telah mencatatkan kejayaan besar pada tahun lalu menerusi penglibatan barisan pelakon yang hebat dan jalan cerita yang menarik. Seperti juga Garnier yang mampu menarik perhatian golongan muda. Kejayaannya telah menarik perhatian kami dan kerana sasarannya untuk golongan muda, Garnier percaya kolaborasi bersama drama popular ini amat tepat sekali. Kami akan memberi fokus kepada Garnier Skin Naturals PureActive Fruit Energy yang disasarkan kepada pengguna yang lebih muda. Autumn Di Hatiku berkisar tentang kehidupan generasi muda. Justeru, mengekalkan kesihatan kulit adalah sangat penting kerana kecantikan kulit mempengaruhi keyakinan diri kita terutamanya ketika masih muda. Maka, saya percaya bahawa produk Garnier ini amat bersesuaian dengan sasaran penonton Autumn Di Hatiku,” tambah beliau.

“Dengan kejayaan musim pertama yang lalu, kami teruja untuk menawarkan peminat sebuah lagi siri musim baharu komedi romantik ini, yang juga merupakan sebahagian daripada perancangan Media Prima Digital untuk terus menerbitkan pelbagai variasi siri web original di Tonton. Kami begitu gembira dapat bekerjasama bersama Garnier menerusi siri ini dan penonton bakal disajikan dengan pelbagai lagi siri web (antaranya Sukan, Biopic dan adaptasi novel) bermula Mei 2014 kelak,” menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital.

Saksikan AUTUMN DI HATIKU 2 di Tonton bermula 27hb Februari 2014 – 26hb Mac 2014, dengan episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari di www.tonton.com.my/autumndihatiku.  2 kejutan istimewa turut menanti para peminat. Tonton bakal menawarkan 60 jemputan ekslusif ke ‘Final Screening’ bersama para pelakon di TGV 1 Utama pada 22 Mac akan datang. Ikuti peraduan di laman media sosial  Tonton, Facebook di www.facebook.com/tontonMY dari 10hb – 14hb Mac 2014 untuk memenangi jemputan ekslusif ini. Turut dianjurkan, sesi ‘Meet & Greet’ bersama para pelakon. Untuk maklumat lanjut berkenaan sesi ‘Meet & Greet’ ini, layari laman media sosial Garnier, Facebook di www.facebook.com/GarnierMalaysia.

Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.

DURASI: 27 FEBRUARI 2014 – 26 MAC 2014

MASA: 12 TENGAH HARI

 BIL EPISOD: 20 

DURASI: 8 MINIT SETIAP EPISOD

GENRE: KOMEDI ROMANTIK

PELAKON: HANEZ SURAYA, KIM JIN SUNG (JS), YOUMIE ROBERT,

EZZATY ABDULLAH, AMRAN ISMAIL & IEDIL PUTRA

                                      BAHASA: BAHASA MALAYSIA & BAHASA INGGERIS

PRODUKSI: GREENLIGHT PICTURES SDN BHD

LAGU TEMA: JELITA OLEH KYOTO PROTOCOL

(SEMASA) Saluran ntv7 siar rancangan dokumentari Bella Hopes untuk memberi inspirasi kepada penonton 2 Mac ini

$
0
0

image001 (3)

Minggu lalu ntv7 telah mengumumkan siapakah 5 orang wanita pilihan yang bakal berkongsi kisah hidup penuh inspirasi mereka di dalam rancangan Bella Hopes. Kini kami ingin berkongsi lebih lanjut mengenai rancangan dokumentari istimewa ini. Bella Hopes akan bersiaran bermula 2 Mac 2014, setiap hari Ahad, jam 8.30 malam eksklusif di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Sempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac ini, ntv7 bakal menyiarkan rancangan dokumentari Bella Hopes selama 5 episod bermula 2 Mac, setiap hari Ahad jam 8.30 malam. Dokumentari itu bakal berkongsi kisah hidup dan usaha murni lima orang wanita pilihan masyarakat yang terpilih yang diumumkan ntv7 sekitar minggu lalu.

Lima wanita tersebut adalah Puspa Rani, Pengasas Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR), New Su Shern, dari Projek Liber8 iaitu seorang aktivis berkaitan isu anti pemerdagangan manusia, Munirah Hamid, Pengasas PERTIWI Soup Kitchen, Diana Rose, Pengasas ‘Lamin Dana’ yang mempertahankan seni kebudayaan dan Choo Poh Leem, seorang ahli biologi marin yang cuba memulihara alam sekitar.

Idea rancangan dokumentari itu adalah untuk memberikan inspirasi kepada wanita serta para penonton untuk yakin bahawa mereka juga mampu melakukan perubahan walau sekecil mana pun usaha mereka. Siri rancangan yang bersiaran selama 30 minit bagi setiap episod itu pasti dapat menyentuh perasaan penonton kerana kesemua wanita pilihan itu terdiri daripada pelbagai golongan usia dan bangsa dengan misi murni yang pelbagai.

“ntv7 dengan penuh rasa tanggungjawab sosial yakin bahawa rancangan dokumentari seperti ini mampu menyuntik lebih banyak inspirasi kepada para penonton kami dengan menjadikan lima ikon wanita berkaliber ini sebagai contoh tauladan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

Keistimewaan dokumentari ini ialah kelima-lima ikon wanita yang bakal dipaparkan ini merupakan hasil cadangan orang ramai yang percaya bahawa wanita ini mempunyai seribu satu kisah untuk dikongsikan dan mampu memberikan inspirasi kepada ramai lagi masyarakat.

“ntv7 sentiasa cuba memberikan kelainan dalam setiap rancangan yang kami hasilkan dan berharap para penonton bakal lebih menghargai misi dan nilai tujuan setiap wanita yang bakal dipaparkan nanti,” tambah Airin.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Hisham Abdullah, Bella Hopes merupakan rancangan profil dokumentari mengenai lima orang wanita yang dikagumi dengan membawa para penonton untuk menjengah ke dalam kehidupan mereka dan berkongsi tentang cabaran setiap misi murni wanita-wanita ini. Bella Hopes unik kerana cara penceritaannya dekat dengan perasaan kemanusiaan dan terselit pelbagai emosi dan mesej positif untuk difikirkan bersama. Kelima-lima wanita ini memiliki kisah mereka yang tersendiri dan pasti ada di antara penonton yang mampu merasakan hubungan emosi dengan wanita-wanita ini.

“Wanita Bella Hopes memiliki kualiti luar biasa yang sedaya upaya untuk melakukan kebaikan untuk orang lain. Wanita ini membuat kita peduli mengenai misi mereka sama ada berjaya atau tidak. Rancangan dokumentari ini bakal menyentuh isu seperti penderaan haiwan, pemerdagangan manusia, masyarakat gelandangan, pemeliharaan warisan dan pemuliharaan kehidupan marin,” tambah Hisham.

Rancangan Bella Hopes akan mula membakar inspirasi kepada anda bermula 2 Mac 2014, setiap hari Ahad jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7 (Saluran 107). Bagi mereka yang terlepas menonton rancangan ini ketika disiarkan boleh menontonnya semula di www.tonton.com.my

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)

$
0
0

IMG_5759crop

Festival drama pertama dan terbesar di Malaysia telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah menobatkan drama ‘Love You Mr. Arrogant’ sebagai pemenang pilihan peminat bagi kategori utama iaitu kategori ‘drama pilihan’ disamping turut sama menyapu bersih  dua anugerah lain iaitu Hero & Heroin Pilihan dan Pelakon Lelaki Pilihan. Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) telah dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz serta disiarkan secara langsung didua saluran media prima TV3 dan TV9.

 DFKLsmall

Keputusan penuh pemenang bagi Anugerah DFKL:

Drama Pilihan: Love You Mr Arrogant

Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi (Love You Mr Arrogant)

Pelakon Wanita Pilihan: Nur Fathia (Diandra)

Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)

Pasangan Hero & Heroin Pilihan: Azlee Khairi & Zara Zya (Love You Mr Arrogant)

Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia

Drama Pendek Pilihan: Singh Susu

(SUKAN) KELANTAN membawa logo VISIT MALAYSIA ke kejohanan Piala AFC 2014

$
0
0

IMG_5835

Majlis pelancaran jersi AFC The Red Warriors (TRW) telah berlangsung di Busana, Menara MARA Kuala Lumpur pada 23 Februari 2014. Perasmian jersi baru TRW yang bakal digunakan sepanjang kempen piala AFC 2014 ini dilakukan bersempena pembukaan butik pameran peralatan sukan  The Red Warriors (TRW) dan juga bersempena acara Kelantan Fest yang berlangsung di lokasi yang sama.

IMG_5827

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang diiringi oleh Pengerusi MARA yang juga merupakan penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ini dihadiri ribuan peminat dan penyokong pasukan The Red Warriors (TRW) yang memenuhi ruang legar Busana, Menara MARA KL.

Pasukan Kelantan yang bakal beraksi di Piala AFC untuk tahun ketiga berturut-turut semenjak penampilan sulung pada 2012 bakal tampil dengan jersi baru pasukan berjenama UMBRO yang mendapat suntikan dana penajaan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan  yang bakal tertera logo VISIT MALAYSIA. Kelantan yang diundi di dalam kumpulan G bersama Yangon United, South China dan Ninh Binh bakal membuka tirai perlawanan di peringkat kumpulan pada 26 Februari ini menentang Yangon United di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

trw afcSMALL

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan penajaan ini berbentuk promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Tambah beliau lagi, ia merupakan satu langkah yang positif dalam mempromosikan Malaysia di mata peminat bolasepak dan pelancong khususnya di rantau Asia kerana ia melibatkan  perlawanan bolasepak bertaraf antarabangsa.  Ia merupakan penajaan kedua oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ke atas pasukan bolasepak selepas pasukan CARDIFF CITY. Penajaan ini membabitkan dana berjumlah RM 1 juta.

Bercakap kepada media mengenai situasi bolasepak semasa terutamanya mengenai pencalonan untuk jawatan presiden FAM dan calon-calon yang sesuai, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk berkhidmat terutamanya barisan presiden persatuan bolasepak yang aktif dan terlibat secara langsung dengan bolasepak dan beliau memberikan beberapa nama yang berkebolehan antaranya presiden persatuan bolasepak N. Sembilan dan Johor. Ditanya mengenai sasaran pasukan Kelantan untuk kempen Piala AFC 2014 beliau menambah, sasaran awal adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dahulu sebelum sasaran ke peringkat seterusnya pula. Mengenai tajaan RM 1 juta oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ke atas pasukan bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa jersi ini bukan sahaja untuk kejohanan Pala AFC malahan untuk kesemua ‘international game’ yang melibatkan pasukan Kelantan.

Jersi KELANTAN AFC CUP DAN INTERNATIONAL ini juga dijangka akan kelihatan di INDONESIA, SINGAPURA, THAILAND, HONGKONG, VIETNAM, BRUNEI, MYANMAR, IRAQ, SAUDI, UAE, QATAR, LONDON, PARIS, LUXEMBURG, BRUSSEL, AMSTERDAM,USA, AUSTRALIA, Lebanon, NIGERIA, LIBERIA, BRAZIL, EGYPT, JEPUN berdasarkan negara yg bakal di kunjungi TRW dan GROUP TOUR FAN CLUB serta acara-acara tertentu yang siap dirancang dalam usaha mempromosikan Kelantan dan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Viewing all 4156 articles
Browse latest View live