Bersempena dengan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, Persatuan Kebajikan Persona Selangor Dan Kuala Lumpur (PERSONA) akan menganjurkan ’1001 Malam’ Majlis Berbuka Puasa 2014 (1435H) dengan kerjasama STAR ILLUSIONSZ RESOURCES pada 19 Julai 2014 Sabtu, jam 7 malam hingga 11.30 malam bertempat di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur bagi meraikan tetamu kehormat, tetamu jemputan, anak-anak yatim, syarikat korporat dan ahli-ahli YSLM. Majlis yang di bawah naungan Yang Berbahagia Datin Rosmina Mohd. Arshad, turut dihadiri oleh Tetamu Kehormat iaitu Encik Zhang Jian daripada YSLM selaku Penaja Utama. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian artis ternama tempatan, Y.Bhg. Dato’ Jamal Abdillah dan artis ternama Indonesia, Endang S. Taurina, pertunjukan fesyen busana muslimah daripada Mona Ellen (Middle East) serta majlis diacarakan oleh pengacara majlis terkenal, Roslan Shah. Pakaian artis Endang S.Taurina ditaja oleh pereka fesyen, Nizam Al Yahya.
Majlis ini diadakan dengan tujuan :
mengeratkan ukhwah persaudaraan dan beramah-mesra
mengingati dan melahirkan kesedaran insaf untuk memberi bantuan kepada insan-insan yang kurang berkemampuan seperti ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim.
memperkenalkan program YSLM dan memberi ruang kemasukan ahli-ahli baru menyertai YSLM
membina rangkaian antara usahawan-usahawan bidang perniagaan
melahirkan Jutawan yang hebat
Pengenalan Persatuan Kebajikan Persona Selangor dan Kuala Lumpur.
Takrif Nama PERSONA adalah bermaksud KEUNGGULAN
Merupakan persatuan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia/Registry of Societies Malaysia (ROS), No. Pendaftaran PPM- 015-10-11042013 dan didaftarkan pada 11 April 2013.
Ahli-ahlinya terdiri daripada lelaki dan wanita, ibu-ibu tunggal, surirumahtangga dan wanita-wanita berkerjaya.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Persona Selangor dan Kuala Lumpur adalah Puan Siti Nor Khadijah binti Sheikh Md. Hassan.
Misi dan Visi Utama PERSONA :
Bagi meningkatkan antara ekonomi keluarga dan negara, PERSONA mempunyai matlamat utama kepada ahli-ahlinya iaitu memberi peluang, sokongan, bantuan dan pendidikan kepada ahli-ahli persatuan yang berminat ingin membuka serta mengusahakan perniagaan.
PERSONA akan menyediakan produk perniagaan yang sesuai untuk ahli berniaga daripada peringkat kecil-kecilan sehingga ahli berjaya menjadi usahawan.
PERSONA akan berusaha melatih secara berperingkat kepada ahli-ahli yang berminat. Bagi tujuan sumbangan bantuan dan dana kewangan, PERSONA juga menyediakan pakej khas jualan tiket untuk individu/syarikat/meja berikut :
HARGA TIKET
Harga Tiket Individu/Perseorangan
a) Bronze – RM250
b) Silver – RM350
c) Gold- RM450
Harga Tiket Mengikut Meja
a) Bronze -RM2,500 (10 orang – 1 meja)
b) Silver- RM3,500 (10 orang- 1 meja)
c) Gold- RM4,500 (10 orang-1 meja)
d) Platinum- RM15,000 dan ke atas (10 orang -1 meja)
Pembelian Tiket, sila hubungi :-
a) Imazara 017-404 0001 / 011-2768 2012
b) Julie 016-304 0230 / 013-350 4033
c) Elin 012-655 5902
d) Datin Rose 011-1061 6336
Email: persona.society@gmail.com / starillusionszresources@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/PersonaSociety