Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all 4156 articles
Browse latest View live

(HIBURAN) CAKRA KHAN LIVE IN KUALA LUMPUR

$
0
0

Cakra Khancrop smallgmo

Indonesian sensation Cakra Khan will be serenading his fans at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur on 24 November 2013, as part of his live showcase to promote his latest album entitled ‘Cakra Khan’. Cakra Konta Paryaman or better known as Chakra Khan, stormed into the music industry last year with his single ‘Harus Terpisah’, and has since bagged numerous awards including the “APM Indonesia New Male Artiste Best Song Award 2013”, “APM Best New Male Vocalist Award 2013” and the “APM Regional Best Song Award 2013”.

The 21-year old from West Jawa is all set to woo his fans with his famous numbers like ‘Harus Terpisah’; ‘Setelah Kau Tiada’; an English number, ‘Thanks to you’; and more.

“Hard Rock Cafe Kuala Lumpur has long hosted many concerts for local and international performers. Our cafe is an ideal platform to showcase and further expand their music careers. We are proud that Cakra Khan has selected our cafe as the venue to further strengthen his presence in Malaysia,” said Nor Esah Abdul Ghani, Marketing Manager of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Khan said, “Besides being able to promote my album in Malaysia, this tour will also allow me to get up-close with my fans. The album portrays my genuine emotions which I believe is the main factor of its success. I am humbled that my songs are well received and pleased at the same time that my effort to produce great music is appreciated.”

Fans are able to purchase his latest album at a special price along with exclusive Cakra Khan merchandise during the showcase.

Entrance for the showcase will be priced at RM90 inclusive of one drink.

For more information about Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, visit www.hardrock.com/kualalumpur. 


(HIBURAN) NING BAIZURA masih menyengat

$
0
0

IMG_2262crop

Seingat penulis, konsert terakhir Ning Baizura secara solo adalah sekitar tahun 2011 yang bertempat di KL Live Centre.  Kenapa penulis ingat ??  sebab ketika itu penulis berusaha untuk mendapatkan peluang mengambil foto konsert tersebut tetapi gagal. Dan buat kali keduanya, penulis mendapat jemputan secara rasmi dari pihak pengurusan Konsert Ning Baizura – ‘Konsert Pelangi Untukmu’.  Walaupun berlaku sedikit kelewatan akibat beberapa penyelarasan teknikal konsert, rata-rata peminat setia Ning Baizura sekitar 1500 orang yang memenuhi setiap ruang legar dewan  TM Convention Centre sabar menunggu.  

IMG_2201

Dalam masa lebih kurang 2 jam setengah, Ning Baizura berkongsi cerita dan pengalaman pahit manis yang dilaluinya selama 20 tahun bergelar anak seni dan beliau menyanyikan keseluruhan 25 buah lagu di samping tiga lagu baru iaitu Pelangi Untukmu, Embunan Bersinar dan Bukan Wanita Sempurna.

Ning juga berkongsi cerita di zaman permulaan beliau menceburi dunia muzik, apabila menceritakan tentang bayaran nyanyian beliau sebanyak RM50 pada ketika dulu kala. “Saya masih ingat lagi, show RM50 pun saya ambil. Saya tak pernah putus asa dan anda (para peminat) adalah antara penguat semangat saya. Dan kalau tak kerana ibu saya, saya mungkin tidak akan berada di tahap ini hari ini”, kata Ning sambil menahan sebak namun tetap mengukirkan senyuman manis. Kontroversi juga menjadi pelengkap kisah perjalanan karier beliau , Ning dengan nada bergurau bercerita secara berseloroh tentang kisah tersebut yang sikit sebanyak menjadikan beliau seorang penyanyi yang gigih.

Ning yang tidak lokek berkongsi  cerita mengenai detik-detik beliau bergelar ibu sempat bergurau senda dengan suami dan anak beliau di atas pentas dikala suaminya Omar Shariff Chritopher yang mendukung permata hati mereka, Ryan Sky Dalton dan membawanya ke atas pentas. Di segmen tersebut itu juga, Ning menyanyikan lagu ‘Pelangi Untukmu’ yang menggambarkan kegembiraan rasa hati beliau mengenai kehadiran cahaya mata beliau.

Ning turut mengundang rakan duetnya Russell Curtis ketika mereka memperdengarkan lagu Antara Kita namun peminat sedikit kecewa (termasuk penulis sendiri) apabila  lagu yang asalnya adalah lagu duet bersama Jay Jay, ‘Erti Pertemuan’ dinyanyikan Ning secara bersendirian tanpa kehadiran penyanyi kumpulan CareFree tersebut (penulis dapat rasakan jika Jay Jay hadir , nyanyian tersebut akan lebih memukau).  Lagu yang dinantikan ramai iaitu Awan Yang Terpilu menjadi sebahagian daripada lagu penutup yang didendangkan Ning sebelum single baru Bukan Wanita Sempurna yang secara eksklusif diperdengarkan kepada semua hadirin sebelum konsert Pelangi Untukmu melabuhkan tirainya. Konsert yang  diketuai oleh Aylwin Santiago sebagai pengarah muzik bersama dengan 8 orang pemuzik professional berakhir pada jam 11.30 malam.

NINGsmall

SENARAI LAGU YANG DISAMPAIKAN

 

OPENING

1- ASMARA

2- KAU DAN AKU

3- KEMBALI

4- TEGUH

5- SELAGI ADA

6- MAMA PAPA

7- BUKAN SEBARANGAN

MIDDLE

1- EMBUN BERSINAR

2- A MOTHER’S PRAYER

3- IBU

4- PELANGI UNTUKMU

5- DIMANA KAN KU CARI GANTI

6- UMMI

7- AYAH DAN IBU

8- ERTI PERTEMUAN

GREATEST HITS

1- CURIGA

2-PASTI

3- KESAYUP BINTANG

4- BILA

5- PENJARA KASIH

6- DUGAANKU

7- IN ANOTHER LIFE

8- ANTARA KITA (RUSSEL CURTIS)

9- AWAN YANG TERPILU

10- BUKAN WANITA SEMPURNA

(SUKAN) Sukan SEA Ke 27 Bakal Melakar Sejarah Emas Ke-1000 Buat Kontijen Malaysia

$
0
0

Gimik Pelancaran TV3 selaku Rakan Penyiar dan Tonton sebagai Rakan Digital Sukan SEA ke-27

Berita baik untuk semua peminat sukan tanahair! Sukan SEA kini kembali untuk edisi ke-27 dan bakal bersiaran di TV3, stesen televisyen nombor satu negara dan portal video Tonton! Digemuruhkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Utama dengan kerjasama Milo, rakyat Malaysia berpeluang untuk mengikuti acara langsung dan perkembangan terkini Sukan SEA, sebuah temasya sukan dwitahunan berprestij yang menampilkan atlet-atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara.

Barisan hos liputan Sukan SEA 27 di TV3

Dengan itu, sebuah majlis istimewa pengumuman TV3 sebagai Rakan Penyiar Sukan SEA Ke-27 dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Utama dan Milo sebagai Rakan Penaja diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Saravanan Al Murugan, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, YBhg Dato’ Sieh Kok Chi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), YBhg Dato’ Zolkeples Embong, wakil Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Shareen Ooi, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima Berhad, Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital, wakil Telekom Malaysia Berhad (TM), YBhg Dato’ Rozalila Abd. Rahman, Ketua Pegawai Pemasaran, TM, dan wakil Milo, Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Penajaan Sukan, Nestle.

Turut hadir ialah atlet yang mewakili Malaysia di Naypyitaw, Myanmar, mereka ialah Adiq Husaini (Basikal), Nisha Alagasan (Karate), Bibiana Ng (Menembak), Joselyn (Menembak), Diana Bong (Wushu), Ng Shin Yi (Wushu), Lo Choon Sing (Olahraga) dan S. Kannathasan (Olahraga). Tidak ketinggalan persembahan daripada Persatuan Wushu Malaysia, Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Selangor, Malaysian Drum Symphony dan juara ‘Vokal…Bukan Sekadar Rupa’ musim ke-2, Uchop.

Selepas Indonesia, Myanmar diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-27, setelah menganjurkannya dua kali sebelum ini pada tahun 1961 dan 1969. Edisi kali ini akan berlangsung di ibu negara Myanmar yang baru iaitu Naypyitaw dan beberapa bandar lain seperti Yangon, Mandalay dan Pantai Ngwe Saung bermula 11 hingga 22 Disember 2013 dengan tema “Hijau, Bersih dan Persahabatan” (Green, Clean & Friendship). Rebutan 460 pingat bakal menghangatkan 25 lokasi, antaranya, Stadium Wunna Theikdi, Stadium Zeyar Thiri, Stadium Aung San, Stadium Theinphyu, Stadium Bola Sepak Mandalar Thiri, Kompleks Sukan Nasional Thuwana, Pusat Konvensyen Myanmar dan Pantai Ngwe Saung.

11 buah negara yang akan bertanding ialah Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Myanmar, Kemboja, Brunei dan Timor-Leste di dalam 34 acara termasuklah Bola Sepak, Futsal, Badminton, Olahraga, Basikal, Wushu, Taekwondo dan Pencaksilat yang bakal menjadi perhatian peminat sukan tanah air. Malah, tuan rumah, Myanmar, kembali mempertandingkan sukan seperti Hoki, Bina Badan dan Muay serta memperkenalkan sukan Chinlone (sebuah sukan tradisional masyarakat Burma yang menggabungkan sukan dan tarian).

Bagi sukan Bola Sepak, skuad Harimau Muda kendalian Datuk Ong Kim Swee diletak di dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Singapura, Laos dan Brunei. Harimau Muda akan berhadapan Brunei pada perlawanan pertama, 10 Disember 2013. Jika pasukan bola sepak tanah air berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun 2009 dan 2011, ia merupakan pertama kali Malaysia melakukan hat-trick di dalam Sukan SEA (selepas Burma dan Thailand). Lebih istimewa, dengan sasaran 40 pingat emas, kontinjen Malaysia bakal melakarkan sejarah meraih jumlah 1000 pingat emas sejak Sukan SEA diperkenalkan pada tahun 1959.

TV3 dan Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Milo akan menyiarkan siaran langsung ‘Liputan Harian Sukan SEA 2013’ pada setiap hari bermula jam 5.30 petang hingga 6.30 petang dan ‘Rangkuman Harian Sukan SEA 2013’ bermula jam 12.30 tengah malam hingga 1.00 pagi. Menampilkan gandingan pengulas dan penyampai sukan terbaik tanah air iaitu Abu Bakar Atan, Tabah Sazwan Othman, Hasnida Hanim, Nadia Zuber dan Luqman Hakim.

Siaran langsung perlawanan bola sepak peringkat kumpulan melibatkan pasukan Harimau Muda pula bakal disiarkan di TV9. Jadual lengkap seperti di bawah:

No. Perlawanan

Tarikh

Waktu

1

Malaysia lawan Brunei

10 Disember 2013

5.30 petang – 8.00 malam

2

Malaysia lawan Laos

13 Disember 2013

5.30 petang – 8.00 malam

3

Malaysia lawan Singapura

15 Disember 2013

5.30 petang – 8.00 malam

4

Malaysia lawan Vietnam

17 Disember 2013

5.30 petang – 8.00 malam

Sempena liputan Sukan SEA edisi ke-27 ini, pihak produksi akan membawa kandungan ‘Hit Point’. Fokus terarah ke sukan seperti Bola Sepak, Olahraga, Sepak Takraw, Akuatik dan beberapa sukan utama lain. Menerusi sukan Bola Sepak, pengulas akan membincangkan tentang statistik, keputusan lepas dan fakta serta perkembangan terkini skuad Harimau Muda bersama tetamu jemputan, Baddrol Bakhtiar (Ketua Pasukan Malaysia di Sukan SEA 2011, Indonesia). Melalui sukan Olahraga pula akan menyentuh berkaitan kontroversi dan situasi terkini arena olahraga tanah air, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dan Majlis Sukan Negara selain mengimbas kembali sejarah dan detik-detik gemilang di zaman Dr. Jega, Rajamani, Marina Chin, Nur Herman Majid, Nazmizan Mohamad dan G. Sivalingam bersama tetamu istimewa, Noraseela Khalid.

Selain Bola Sepak dan Olahraga, Sepak Takraw dan Akuatik juga bakal menjadi fokus liputan Sukan SEA. Seperti diketahui umum, Malaysia bukan lagi pasukan yang digeruni di kancah antarabangsa Sepak Takraw, namun, mampukah skuad Takraw kita membuktikan sesuatu selepas tewas kepada Korea dan Thailand di ISTAF Super Series? Ikuti reaksi sebelum dan selepas perlawanan bersama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). Di pentas Akuatik pula merupakan lubuk emas buat kontinjen Malaysia dan tumpuan pastinya lebih terarah ke Leong Mun Yee kerana penyertaan Sukan SEA kali ini merupakan yang ke-9 di dalam kariernya. Walaupun tanpa Ratu Terjun Negara, Pandalela Rinong, penerjun-penerjun muda wajar diberikan perhatian.

Seramai 22 orang krew produksi Primeworks Studios dan Jabatan Berita & Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad dijadualkan bakal berangkat ke Nayphitaw, Myanmar pada 3 Disember 2013.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, “Sebagai stesen swasta nombor satu Malaysia yang merangkumi siaran paling luas dengan jumlah kadar tontonan yang tinggi, TV3 memainkan peranan penting menyemarakkan lagi Sukan SEA edisi ke-27 buat semua peminat sukan Malaysia. Kami amat berbesar hati dan berbangga kerana diberi kepercayaan untuk merealisasikan kolaborasi bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Utama dan Milo sebagai Rakan Penaja dalam usaha untuk memertabatkan lagi prestasi sukan negara. Semoga usaha ini mengiringi dan membakar semangat atlet-atlet kita untuk terus melakar kejayaan di pentas antarabangsa khasnya di Myanmar bulan depan.”

Menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital, “Ini merupakan kali kedua kami di Tonton membawakan liputan acara di Sukan SEA secara ‘online’ selepas kejayaan yang sama dirakamkan ketika penganjurannya pada 2011 yang lalu. Tonton mahu menjadi sebahagian daripada sejarah sukan skuad tanah air dan semestinya kolaborasi bersama TV3 serta penaja lain dilihat mampu menyemarakkan lagi sokongan rakyat terhadap wira sukan kita. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran terkini acara Sukan SEA walau di mana anda berada, kesemuanya kini hanya di hujung jari anda dengan Tonton.”

Mengulas mengenai kerjasama terbaru ini, Dato’ Rozalila menyatakan, “Melalui kempen Team Malaysia yang telah kami lancarkan sejak tahun 2011, TM akan terus mengorak langkah dalam memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam sama-sama menunjukkan sokongan padu mereka kepada atlet-atlet negara yang akan mengibarkan panji negara di persada sukan antarabangsa; tidak kira mana-mana acara kesukanan, lebih-lebih lagi acara yang bakal menjelang hujung tahun ini, Sukan SEA ke-27. Kempen kali ini adalah  kesinambungan ombak sokongan yang disemarakkan oleh kumpulan sorak (chanters) Team Malaysia yang seringkali kita saksikan di acara-acara kesukanan – antaranya Sukan SEA ke-26,  Sukan Olimpik 2012  dan Piala AFF Suzuki 2012. Kumpulan sorak (chanters) Team Malaysia juga akan turut dihantar ke Myanmar bagi membuktikan sokongan padu Team Malaysia kepada atlet-atlet negara yang akan bertanding di kejohanan sukan tersebut.”

“Kempen Kami Team Malaysia bukan sahaja dapat memperkukuhkan lagi penjenamaan Team Malaysia, tetapi pada masa yang sama akan memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada atlet-atlet kebangsaan kita untuk meningkatkan usaha mereka bagi mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa,” tambah Dato’ Roza.

Selain di TV3 dan Tonton, penonton juga boleh mengikuti Sukan SEA di Saluran 101 dan 103 HyppTV, perkhidmatan TV Internet Protokol (IPTV) yang dikuasakan oleh UniFi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang dibekalkan oleh TM. Ayuh, lontarkan sorakan semangat kepada kontinjen negara untuk mengiringi usaha mereka demi mempamerkan aksi terbaik di Sukan SEA!

Liputan harian Sukan SEA dan perlawanan bola sepak yang akan disiarkan di kaca TV, juga boleh disaksikan secara langsung dan global menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my) termasuk siaran “catch up”.  Pendaftaran di Tonton adalah percuma dan kandungan video boleh ditonton di komputer, tablet atau telefon pintar anda!

(HIBURAN) 5000 PENGUNJUNG MEMBANJIRI JELAJAH PENTAS ASK 2013 DI eCurve

$
0
0

IMG_2397gmo

Jelajah pentas Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) telah melabuhkan tirai di lokasi keduanya di Centre Atrium, eCurve di Mutiara Damansara pada hari Ahad yang lalu (17 November) dengan menerima lebih daripada 5000 pengunjung!

Bagi menghangatkan lagi ASK 2013, TV3 bersama-sama penaja utama, Pantene mengadakan 2 sesi Jelajah Anugerah Skrin 2013 khas buat penonton setianya untuk beramah mesra dengan artis-artis popular yang terlibat. Lokasi pertama Jelajah ASK 2013 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor pada 10 November 2013 juga menerima sambutan yang hebat apabila dibanjiri lebih daripada 5000 pengunjung untuk bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis popular.

Edisi kedua Jelajah  Pentas ASK 2013 diserikan dengan barisan finalis 5 terbaik ASK 2013 seperti Nad Zainal (Hos ASK 2013 & finalis Top 5 Pelakon Wanita Terbaik Drama – Mawar Putih Tanda Perpisahan), Erin Malek (finalis Top 5 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lari ), Miera Leyana (finalis Top 5 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Pecah), Izreen Azminda (finalis Top 5 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Perempuan Itu Ibuku), Shasha Al Khred (finalis Top 5 Artis Harapan Pantene – Kawan), Shukri Yahaya (finalis Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Kawan), Adi Putra (finalis Top 5 Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Langgar) dan Izzue Islam (finalis Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – 29 Februari).

Bermula dari 3.00 petang hingga 6.00 petang, acara yang dihoskan oleh Chot XOXO juga dimeriahkan dengan pelakon-pelakon handalan seperti Jay Iswazir (Top 5 Drama Rantaian Terbaik – Karlos), Anita Baharom (Top 5 Drama Komedi Terbaik – Keluarga Iskandar), Idzham Ismail (Aksi: Aku) dan Zara Zya (Akasia: Love You Mr Arrogant). Selain beramah mesra dengan artis-artis popular tanah air dan dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Shiha Mentor, Hyper Act, Amir Jahari dan Mark Adam, para pengunjung juga berpeluang memenangi cenderahati eksklusif TV3 menerusi aktiviti yang diadakan.

Selain itu, Pertandingan Pantene Star Search juga sampai ke kemuncaknya apabila dua pemenang hadiah utama, iaitu Kamarul Ariffin bin Othman (21 tahun) dan Jazmine Suraya Chin (23 tahun).  Mereka berdua menerima kontrak bakat satu tahun dengan mana-mana syarikat dalam Media Prima Berhad (bernilai kira-kira RM50,000), berpeluang menjadi hos bersama di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013, hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja), peluang untuk membintangi iklan komersial P & G, hamper P & G bernilai kira-kira RM200 dan sebuah trofi sebagai hadiah. Selain itu, Kamarul Ariffin dan Jazmine juga akan muncul sebagai pengacara jemputan untuk acara karpet merah ASK 2013 nanti.

10 finalis Pantene Star Search Anugerah Skrin 2013 yang berentap di peringkat akhir ialah Muhammad Shukri bin Mohd Tahir (25 tahun), Kamarul Ariffin bin Othman (21 tahun), Azam Zainal (29 tahun), Radin Amir Affendy bin Ahmad Aruani (23 tahun), Muhammad Aizat bin Ishak (22 tahun), Syafiqah binti Ishak (26 tahun), Jazmine Suraya Chin (23 tahun), Nur Idiana Natrah (21 tahun), Nur Shafreeza binti Zainal Abidin (20 tahun) dan Nor Saliha binti Azmi (28 tahun). Pertandingan ini telah mengadakan sesi uji bakat di 5 buah negeri pada setiap hujung minggu bermula pada awal bulan September hingga akhir bulan Oktober.

Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan ialah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen ialah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap, mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton. Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013 dan pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement mengikut ‘genre’ masing-masing. Semua pencalonan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal. Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini.

Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi kategori drama dan penerbitan dalaman  yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka mengikut syarat yang telah ditetapkan. Tahun ini, 6 kategori teknikal juga dipertandingkan dan membuka penyertaan kepada semua rangkaian televisyen.

Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan 4 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2013 ini. Antara drama yang layak bertanding seperti Akhirnya Kisah Perempuan, Aku Bukan Malaikat, Anak Lorong, Bedah Tong Gas Nak Raya, Di Bawah Langit Mu, Fatihah Untuk Abah, Hari Hari Terakhir Seorang Seniman, Kampung Semarah Padi, Kawan, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Neraka Abah, Perempuan Itu Ibuku, Sebelum Kiamat, Siapa Dapat Lisa, Strawberry Karipap dan Tunggu Sekejap.

 

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2013 menerima pencalonan seperti Adam Dan Hawa, Cinta Kau Dan Aku, Dalam Setiap Sujud, Debunga Lalang, Geng Bas Sekolah (Musim 5), Jodoh, Karlos, Operasi D6, Setia Hujung Nyawa, Surat Dari Langit Biru, Tanah Merah, Terlanjur Cinta dan Trilogi Cinta (Musim 2). Kategori drama komedi pula menerima pencalonan seperti Buletin Cinta, Mentua VS Mentua, Udin Glamor Balik Kampung dan Keluarga Iskandar. Manakala filem yang layak bertanding termasuk 29 Februari, Aku Terima Nikahnya, Istanbul Aku Datang, Juvana, KIL, Langgar, Lari, Pecah, Rock Oo, SAM dan lain-lain. Semua pencalonan dinilai oleh panel juri profesional yang terpilih.

Selain itu, Anugerah Skrin 2013 turut dihangatkan oleh stesen radio Hot FM selaku rakan media. Kru penerbitan Anugerah Skrin 2013 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit.

Layari laman sesawang www.anugerahskrin.com dan www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #ask2013 untuk menghangatkan lagi acara Anugerah Skrin 2013 yang akan bersiaran secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam jam 9.00 malam pada 29 November 2013 di TV3 dan laman sesawang ramsi ASK 2013, www.anugerahskrin.com

(HIBURAN) ASIAN TV AWARDS KE-18 ntv7 terima pencalonan tertinggi di dalam industri penyiaran TV Malaysia

$
0
0

ntv7 awardssmall

ANUGERAH BERPRESTIJ RANTAU INI akan meraikan karyawan seni dari seluruh Asia di dalam Asian Televison Awards yang ke-18 dan telah pun mengumumkan senarai pencalonannya yang terdiri daripada 12 buah negara seperti Hong Kong, Korea, Indonesia, India, China, Singapura dan Malaysia.

 

Lebih membanggakan adalah apabila Saluran Ceria Anda, ntv7 berjaya mengungguli sebagai stesen TV yang paling banyak dicalonkan dengan sejumlah LAPAN pencalonan daripada pelbagai kategori. Pemenang pula akan diumumkan pada acara gala anugerah itu di Resorts World Sentosa, Singapura pada 5 Disember 2013 nanti.

Bukan sahaja ntv7 mendapat jumlah pencalonan yang membanggakan malah berjaya merebut TIGA daripada enam pencalonan di dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama. Antara yang tercalon adalah Lawrence Wong (In Laws) yang tercalon buat pertama kali, Coby Chong (Summer Brothers), dan Adrian Tan (Lucky Bowl Part 2) yang bersaing bersama pesaingnya yang masing-masing dari Taiwan. Walaubagaimanapun, Coby Chong yang pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di dalam Golden Awards ke-2 menerusi drama Forget Me Not tetap tidak gentar kali ini.

“Pastinya acara pengiktirafan sebegini amat penting bagi saya namun apa yang paling saya utamakan adalah peranan saya selaku pelakon untuk menghidupkan segala watak yang diberikan,” kata Coby yang juga akan membintangi drama bersiri terbaru berjudul Pianissimo Disember ini.

 

Sementara itu pelakon jelita, Debbie Goh yang mendapat jolokan “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama” pada Asian Television Awards ke-17 tahun lalu sekali lagi berjaya dicalonkan di dalam kategori yang sama menerusi drama mega Mining Magnate yang bakal bersaing hebat dengan calon negara Asia lain termasuklah aktres terkenal, Kate Tsui dari Hong Kong. Debbie sebelum ini pernah memenangi Pelakon Wanita Popular dua kali berturut-turut di Golden Awards bersikap tenang dalam merebut kategori yang dipertandingkan.

“Dicalonkan buat kali kedua di dalam anugerah berprestij ini serta bersaing dengan calon-calon hebat dan berbakat lain merupakan sebuah penghargaan buat saya. Saya amat bersyukur kerana mendapat pengiktirafan terhadap hasil kerjaya saya dari pelbagai ruang sepanjang beberapa tahun di dalam industri seni. Saya akan terus bekerja dengan lebih kuat dalam tahun mendatang,” kata Debbie yang juga memenangi sebuah lagi anugerah “Bella Creative Award” di dalam majlis rancangan anugerah TV wanita pertama Malaysia – Bella Awards pada Mac tahun ini sempena Hari Wanita Sedunia.

Ong Ai Leng pula merupakan pelakon wanita yang terkenal di pasaran Malaysia dan Singapura yang semakin menggiatkan kerjayanya dalam dunia seni tempatan. Ternyata peluang Ong Ai Leng cerah menerusi pencalonan pertamanya di dalam “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu” menerusi drama Tahun Baru Cina berjudul The Lucky Bowl Part 2. Aktres yang juga baru mengakhiri zaman bujangnya akan bersaing dengan nama besar seperti pelakon kegemaran Hong Kong, Aimee Chan yang juga baru berkahwin dengan pelakon lelaki Hong Kong terkenal, Moses Chan.

 “Ini merupakan hadiah yang paling bermakna yang pernah saya terima. Saya amat teruja kerana tercalon. Ia merupakan tahun yang indah kerana saya terlibat dengan pelbagai tawaran serta drama musim perayaan hebat seperti Lucky Bowl Part 2 dan The Game 2,” kata Ai Leng.

Drama bergenre sitkom pula dilihat menjadi pilihan rakyat Malaysia masa kini dan membuatkan ntv7 juga menghasilkan beberapa sitkom hebat buat tontonan ramai. Seperti Love Compulsory, Time FM, After Class dan banyak lagi. Saluran itu juga melaburkan jumlah yang agak besar untuk menghasilkan drama yang ternyata berjaya mendapat tempat di hati para penonton dengan membariskan judul Love Compulsory lakonan Jan Chin dan Jack Yap di mana mereka tercalon di dalam kategori “Persembahan Komedi Terbaik oleh Pelakon”. Mereka akan bersaing dengan pelakon dari Filipina, Singapura dan India. Sementara itu sitkom Love Compulsory dijangkakan bakal kembali ke kaca TV untuk musim ke-3 dan ke-4 pada suku pertama dan ketiga tahun 2014.

Penonton juga kini disajikan dengan pelbagai drama Cina tempatan yang berkualiti tinggi serta mempunyai lagu tema yang digiubah dan dinyanyikan oleh bakat-bakat tempatan tanah air. Kedua-dua stesen ntv7 & 8TV juga tercalon di bawah pencalonan kategori yang sama iaitu “Lagu Tema Terbaik” menerusi drama – In Laws (penyanyi: Orange Tan), dan The Beat (lagu tema dinyanyikan oleh Yise Loo). Mereka bakal bersaing dengan pencalonan daripada Singapura dan Jepun.

Dengan pencapaian yang membanggakan iaitu sebanyak LAPAN pencalonanan untuk Asian Television Awards yang ke-18, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan orang ramai dan penggiat dunia seni sepanjang 15 tahun stesen itu bersiaran.

 “ntv7 berjaya melakar sebuah lagi kejayaan menerusi pencalonan ini di persada antarabangsa. Kami harus berterima kasih kepada para penonton dan rakan-rakan industri di atas kejayaan ini. Kami juga akan terus menyajikan kandungan rancangan yang hebat dan mantap serta rancangan hiburan kelas dunia pada tahun hadapan sempena ulang tahun kami yang ke-16 pada tahun 2014 nanti.”

Disenaraikan sebagai 5 saluran teratas yang ditonton oleh penonton Urban 25+ dan Cina 4+ di Malaysia, ntv7 berjaya membuktikan bahawa saluran itu mendominasi penontonnya yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan Cina.

Tahun lalu menyaksikan ntv7 menerima jolokan “Highly Commended Terrestrial Channel Of The Year” pada Asian Television Awards yang ke-17. Stesen itu juga memenangi anugerah “Rancangan Realiti Terbaik” menerusi What Men Want di dalam majlis yang sama.

Majlis Gala anugerah itu akan diadakan pada 5 Disember 2013 di Resort World Sentosa, Singapura yang bakal dihadiri personaliti-personaliti TV di rantau Asia.

Kategori

Pencalonan untuk ntv7

Best Actor In A Leading Role

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama

  • Lawrence Wong (In Laws)
  • Coby Chong (Summer Brothers)
  • Adrian Tan (Lucky Bowl Part 2)

 

Best Actress In A Leading Role

Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama

  • Debbie Goh (Mining Magnate)

 

Best Actress In A Supporting Role

Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu

  • Ong Ai Leng (Lucky Bow Part 2)

 

Best Comedy Performance By An Actor/ Actress

Persembahan Komedi Terbaik olehPpelakon

  • Jan Chin (Love Compulsory)
  • Jack Yap (Love Compulsory)

 

Best Theme Song

Lagu Tema Terbaik

  • In Laws (Singer: Orange Tan)

 

Maklumat lanjut mengenai anugerah itu boleh diperolehi http://ata.onscreenasia.com/, atau ikuti perkembangan ntv7 menerusi media sosial:

Facebook (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)

Twitter (@ntv7)

Instagram (Urban @ntv7 │Chinese – @ntv7chinese)

Hashtag us at #ntv7 and follow our latest daily updates

(HIBURAN) “DEFINISI” kedewasaan Alif Satar

$
0
0

IMG_2922gmo

Jika dahulu anak muda ini bersaing dengan peserta-peserta yang lebih berusia daripada beliau di dalam sebuah program realiti. Masih berumur 16 tahun ketika itu, beliau melangkah setanding dengan bakat-bakat lain seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Suki Low di dalam program terkenal ONE IN THE MILLION. Selepas berakhirnya program tersebut, pemilik nama komersial ALIF SATAR ini tidak menoleh ke belakang lagi. Dari bidang nyanyian ke bidang lakonan seterusnya gah di dalam bidang pengacaraan, Alif Satar mengorak langkah tanpa rasa segan silu di dalam industri ini. Penghasilan album pertama beliau berjudul NAKAL  dan album kedua LELAKI SEPERTI AKU di bawah label SONY MUSIC, kini Alif Satar tampil dengan paduan suara lebih dewasa menerusi album ketiga berjudul DEFINISI. Album ini membuktikan kedewasaan penyanyi  ini yang tidak lagi hanya menyanyikan lagu genre kanak-kanak malahan berkemampuan untuk mengalunkan lagu yang lebih dewasa dan sesuai dengan semua peringkat umur. Album DEFINISI ini mengandungi 8 buah lagu yang diberi sentuhan oleh penerbit dari Malaysia dan Indonesia. Sempena pelancaran album terbarunya itu, Alif turut mengadakan showcase bagi menyampaikan lagu-lagu yang terkandung dalam albumnya seperti ‘Nona Jakarta’, ‘Gadis Tiga Bulan’, dan ‘Kerna Dia’. Untuk mengajak penonton turut sama menyanyi, Alif juga menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti lagu ‘Cukup Indah’ dan ‘Lelaki Seperti Aku’.

 1441271_10152361459831959_660045076_n

No.         Tajuk

1.            “Gadis Tiga Bulan”

2.            “Kerna Dia”

3.            “Kesempatan Kedua”

4.            “Nona Jakarta”

5.            “Akhiri Penantianku”

6.            “Bila”

7.            “Sliding Doors”

8.            “Setiap Hari”

(SEMASA) THE HTC ONE® GETS SUPERSIZED WITH THE HTC ONE MAX

$
0
0

L2R Shane Chiang, Wayne Tang, Sirpa Ikola, SK Wong

HTC, a global leader in mobile innovation and design, today announced the HTC One max, a super-sized smartphone that brings the award-winning design, functionality and performance of the HTC One to fans of larger handsets. A new Fingerprint Scan feature takes convenience to a new level while acclaimed features including HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ and HTC BoomSound™, combined with the new HTC Sense 5.5, which are all enhanced to continue to deliver the best overall smartphone experience, now on a larger screen.

“The addition of the HTC One max means that we now have an HTC One phone for everyone. The family has been built on quality and game-changing innovations and the HTC One max is certainly no exception,” said Peter Chou, CEO of HTC Corporation. “The upgrade to HTC Sense 5.5 will provide our most amazing mobile experience yet, with the HTC One max delivering the size and power required to do everything you want, and more, without compromise.”

 HTCcombsmall

Big and powerful

The HTC One max’s 5.9” full HD1080p display is perfect for enjoying photos, videos and movies on the go. Smooth and efficient performance comes courtesy of a quad-core Qualcomm® Snapdragon™ 600 processor featuring a quad-core 1.7 GHz CPU enabling jaw-dropping performance, ultra vivid videos and booming sound. Whether you’re watching videos in stunning HD, playing games or checking out what’s hot online, the HTC One max sounds amazing, looks sharp and keeps working when you need it.

The 16GB or 32GB onboard memory can be expanded thanks to a microSD™ card slot, with a massive 50GB of additional free Google Drive online storage being offered exclusively to HTC One max owners[1].

The large 3300mAh embedded battery means that this level of performance will last and last. Even the most intensive users will find the HTC One max is up to the challenge thanks to the optional HTC Power Flip Case, a stylish 1200mAh battery expansion for your HTC One max which offers both protection and extra juice when you need it most.

 

Maximum convenience at your fingertips

The average person checks their phone multiple times a day, so the HTC One max welcomes a new era of convenience and advanced functionality thanks to a built-in Fingerprint Scan feature. Located on the back of the device, the fingerprint scanner allows users to lock or unlock the screen and quickly launch up to three favourite applications by assigning an individual finger to each.

More content than ever before

The HTC One max’s Sense 5.5 upgrade comes with a more social, personalised HTC BlinkFeed that can be further refined by customisable topic categories and new integration with premium content providers including Instagram and Google+. Up to 120 articles can also be downloaded for offline viewing, making BlinkFeed even better for snacking on information wherever and whenever you are.

 

Ultimate imaging

Featuring HTC’s UltraPixel camera technology, HTC Zoe mode, that brings your photos to life, and a 2.1MP front-facing camera, the HTC One max will capture stunning photos and full HD 1080p videos whether you’re the photographer, the subject or both. Dual Capture means you can now snap memorable moments and your reaction to them in one extraordinary photo or video by simultaneously shooting with the front and rear cameras.

Improved imaging is also introduced through Video Highlights, which combines your photos and videos to create a mini movie complete with the soundtrack and visual theme of your choice. And with the HTC One max, your Video Highlights can now be any length you want[2].

Design at its Best

Available in Glacial Silver now, and Stealth Black in late December, the HTC One max shares the same premium design credentials as the rest of the HTC One family, providing an all-round exceptional experience.

 

Global Availability
The HTC One max will available in Malaysia at all HTC retailers and selected mobile operators at RM2,499 from now onwards.

 


[1] Additional 50GB of online storage free for two years. Requires registration for a Google account. Additional terms and requirements may apply (including a subscription fee) after two-year trial expires. Fore details, refer to support.google.com/drive/?p=drive_offers_htc.

[2] Do not reproduce, distribute or otherwise use copyrighted materials in connection with the Video Highlights feature unless you have secured the copyright owner’s permission first.

(SEMASA) BZZR UNDGRND (bazaar underground) – a.k.a BawahTanahKolumpo

$
0
0

IMG_2521gmo

BZZR UNDGRND adalah bazar bawah tanah pertama seumpamanya di Kuala Lumpur. Ianya merupakan acara di mana pemilik bazar dalam talian (online) dan pemilik bazar biasa berkumpul dan bergabung mempromosikan barangan mereka di lokasi yang menarik

BZZR undergroundsmall

Melalui penyertaan seramai sekurang-kurangnya 50 pengusaha, BZZR UNDGRND turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti unik seperti segmen persembahan artis (kotak muzik), pameran, talkshow, tayangan filem pendek, autoshow, forum, sesi karpet merah dan foto dinding. BZZR UNDGRND bertujuan menggalakkan pengusahan terutama golongan belia untuk aktif dalam aktiviti yang berfaedah.

Ia juga bagi mengukuhkan lagi jaringan komunikasi sesama mereka dan seluruh masyakarat itu sendiri. Dengan harapan ingin menjadi bazaar pelopor dan terulung dalam kelas tersendiri, BZZR UNDGRND mengalu-alukan sokongan yang tidak henti dari semua rakan media, rakan NGO, rakan kerajaan, rakan swasta, rakan penganjur, rakan penaja, rakan niaga dan yang paling utama ialah rakan pengunjung bagi memastikan nafas bazaar ini terus bersambung.


(SEMASA) Ninetology partners with Malaysian Nature Society (MNS) in phone recycle program

$
0
0

Ninetology 2gmo

In response to the high number of wastage andpollution due to the high number of disposable mobile phones in the country, Ninetology ASEAN and Malaysian Nature Society (MNS) has formed an exclusive mobile recycling program, the Smart Ecology 2, to reduce this damaging effects on the environment. MNS acknowledges Ninetology as catalyst in taking leadership with the phone recycling program in the country. As well as taking a stand to make a difference in the environment.
Before this, users looking to upgrade their phones do not have a platform to “contribute” back to saving the environment. However, with this new initiative, users looking to upgrade their current mobile phones will now have a channel to patron when they get their new phones by trading in their old phones. These old phones will be gathered by MNS and its Recycle for Nature team, in which will then be disposed or recycled via the Green Recycling method. The respective parts of each device will be segregated respectively to be repaired then re-used for future new devices.

“It is never smart to have accumulating unused devices in almost every corner of our very own homes as it gives more harm than any good in the long run, especially when new smart phones are launched every other day. Hence, our initiative of Smart Ecology 2 with MNS to provides the platform for people who are looking into upgrading their phones, a chance to contribute back to the environment,” Sean Ng, CEO of Ninetology ASEAN.

In a way to encourage and motivate users to recycle their old phones, the Smart Ecology 2 program offers rebates of up to RM200 to users who trade-in their old mobile phones. All they need to do is to sign-up at ninetology.com/echannel before
the new purchase. At the same time, in order to educate the younger generation and instil environmental values, RM150 rebates are given to students and youth (up to age 30) on their new Ninetology smartphone purchase – without any trade-in request.

There are a total of 7 models that are selected to be part of this initiative. Currently, three models are included in the program – the U9R1, Stealth II, and Insight, with the U9R1 being the beacon model for the Smart Ecology 2 program. This model is the latest environmental friendly quad core smartphone with bat tery saving feature, and is built with only 7.8mm of thinness.

Joining the fray eventually will be another 4 models – which will be unveiled at 9pm,
2nd December 2013.

*Smart Ecology 2 runs from November 2013 until 31st January 2014.

(HIBURAN) Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal disatukan pada 11 Disember 2013

$
0
0

1D3_1002gmo

Pasangan selebriti popular, Zain Saidin (29) dan Rozita Che Wan (40) memilih tarikh keramat 11 Disember 2013 untuk disatukan sebagai pasangan suami & isteri. Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013 manakala majlis akad nikah akan diadakan pada 11 Disember di Gazebo Setia City Convention Centre diikuti dengan majlis persandingan pada 13 Disember 2013 bertempat di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre.

1D3_0825gmo

Rozita Che Wan bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300. Bercakap di majlis sidang media walimatulurus perkahwinan mereka di Setia City Convention Centre, pasangan ini menjelaskan bahawa segala persiapan sedang dalam peringkat terakhir dan mereka tidak sabar untuk menanti hari tersebut. Di majlis itu juga, pasangan tersebut telah mengumumkan senarai 28 penaja yang bakal menaja majlis perkahwinan tersebut dimana Habib Jewels turut menaja pasangan tersebut dengan barang kemas bernilai RM10 juta untuk majlis berinai, nikah dan resepsi. Penajaan itu menjadikan nilai keseluruhan majlis perkahwinan Rozita dan Zain berjumlah RM13 juta manakala Astro menjadi penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan pasangan tersebut melalui 3 episod siaran melalui saluran 104 maya HD .

(HIBURAN) D’Bagindas Serius Dalam Berkarya

$
0
0

GRP_2534gmo

Kumpulan D’Bagindas terbentuk pada Februari 2009 memasarkan album kedua di Malaysia pada 2012. Dalam perjalanan sebuah band, kehadiran album kedua merupakan suatu penentuan untuk kumpulan D’Bagindas samada mereka akan terus berada dalam dunia muzik atau tidak. Tetapi album kedua yang bertajuk “Yang No 1” ini, nyata memberikan impak yang positif.  Kenapa memilih judul ini?

“Album ini merupakan bahagian pertama dari dua album yang kami garap sekaligus tetapi akan dikeluarkan berasingan iaitu dalam vol. 1 dan vol. 2.  “Yang No.1 “ juga adalah salah satu judul lagu baru yang ada di album ini. Selain ingin menunjukkan bahawa album ini merupakan album vol. 1, kami mengharapkan bahawa lagu-lagu yang berada dalam album ini mampu menjadi nombor 1 seperti mana tajuk Album ini.” Ujat Michael Christian selaku pemain keyboard dan juga komposer untuk semua lagu-lagu D’Bagindas.

Ujar Mike lagi,  lagu  “C.I.N.T.A” yang telah dilancarkan pada tahun 2010 di masukkan kembali dalam album ini kerana lagu ini mulai hit pada ketika itu kami sedang dalam proses pembikinan album “Yang No 1” ini.  Jadi kami membuat keputusan untuk memasukkan kembali lagu-lagu tersebut.  Kumpulan D’Bagindas boleh dikatakan sejajar dengan band-band  yang dulu dari mereka seperti ST12, Hijau Daun mahupun Wali.

Di album “Yang No.1” ini D’Bagindas menyajikan sebanyak 5 lagu plus 3 lagu sebagai bonus track. ”Tiga  lagu yang menjadi bonus track adalah sebuah lagu religi untuk menyambut bulan Ramadhan berjudul “Marhaban Ya Ramadhan” dan dua lagu dari album pertama kami dulu iaitu “Suka Sama Kamu” dan “Kangen”“ jelas gitaris Tile  atau nama penuhnya Dian Purnama. 5 lagu baru yang berada di album ini adalah “Ay”,”Hidup Tapi Mati”,”Maafkan”,”Sendu” dan “Yang No.1”.

Vokalis D’Bagindas Beni Rianto atau Bian bercakap mengenai proses pembikinan album “Yang No.1” ini. ”Mungkin kerana semangat kami sedang tinggi dan bersedia, album ini dibuat dalam waktu yang sangat singkat iaitu hanya 5 hari di studio rakaman. Mood kami memang sangat bagus semasa proses pembuatan album ini”, ujar Bian.

“Sebetulnya masa untuk penyediaan album ini sudah lama, jadi ketika memasuki sesi rakaman semuanya sudah siap sedia. Makanya proses itu berlaku cepat ”, tambah Dandy Bachtiar selaku gitaris.

Semasa di dalam proses rakaman, D’Bagindas akhirnya berjaya menghasilkan sebanyak17 lagu. Dengan perbincangan yang sedalam-dalamnya bersama produser Yonathan Nugroho dan Yongky akhirnya kesemua 17 lagu ini akan dipisah di dalam dua album masing masing sebagai Vol. 1 dan Vol. 2. kami membuat keputusan untuk menempatkan 5 lagu baru untuk vol.1 dan bakinya di vol.2”, jelas Mike dan Tile bersama.

Bahkan D’Bagindas juga merancang jarak untuk mengeluarkan antara album Vol. 1 dan Vol. 2 tidak akan mengambil masa yang terlalu lama. Single pertama “Ay” yang dibawakan dalam tempo upbeat ini memang terasa riang dan tampaknya  telah siap untuk menjadi hits. Bahkan video klipnya pun telah siap.

Menurut Mike,tema lagu yang dipaparkan D’Bagindas tetap bertumpu pada romantic asmara. ”Lagu ‘Ay’ sendiri sebetulnya merupakan hasil pengamatan saya terhadap anak muda yang tengah bercinta yang selalu memanggil kekasihnya dengan sebutan manja “ayang” atau malah disingkat “ay”. Ia nya memberikan rinspirasi kepada saya untuk menjadikannya sebuah lagu”, ungkap Mike tergelak. Disamping itu Mike mengaku banyak lagu-lagu ciptaannya berdasarkan dari pengalaman yang dialaminya sendiri.  Jika mahu dilihat,kesemua 5 lagu baru di album ini memiliki kekuatan yang sama untuk menjadi hits.

“Pada awalnya kami ingin menyajikan karya yang boleh menghibur siapa saja”, ujar Bian yang memiliki lenggok Melayu yang kuat semasa mengekspresikan lagu-lagu yang dinyanyikannya. Lagu-lagu D’Bagindas didengari dimana-mana sahaja membuktikan bahawa kehadiran band ini diterima khalayak secara meluas.

“Jadi pemilihan ayat dalam lirik D’Bagindas saya buat seringkas mungkin. Saya suka mendengar orang ramai mengikut menyanyi lagu-lagu kami pabila mereka mendengar lagu kami. Ia menambahkan lagi inspirasi dan idea kepada saya untuk membuat lagu-lagu lain.” kata Mike yang mendapat inspirasi lagu selalu menyimpannya dalam handphone yang tak pernah lepas dari dirinya.

“Lagu-lagu yang telah saya rakam secara “raw” itu kemudian akan dibincang  bersama ahli-ahli D’Bagindas yang lain hingga akhirnya menjadi sebuah lagu yang bagus”, tambah Mike lagi.

Dengan lancarnya album “Yang No.1” ini nampaknya D’Bagindas bersedia mengembangkan karier dalam industri muzik Malaysia yang telah dipenuhi oleh band-band. D’Bagindas juga akan terus menghasilkan karya-karya yang bagus pada masa akan datang.

dbangindas

Tracklist Album “Yang No 1”

1. Hidup Tapi Mati

2. Ay

3. Maafkan

4. Kangen

5. Yang No. 1

6. Sendu

7. Suka Sama Kamu

8. Marhaban Ya Ramadhan

9. C.I.N.T.A

(SEMASA) ULTRA 101.3FM dilancarkan

$
0
0

fairus-1

Pendengar radio di Lembah Klang akan dapat menikmati sesuatu yang baru iaitu ULTRA fm. ULTRA 101.3 yang membariskan senarai penyampai popular seperti Jimmy Shanley, Mamat Sepah, Sharifah Shahirah, Mon Ryanti dan juga Fizi Ali bakal menggegarkan lagi industri penyiaran radio tanahair. 

fairus-3

Menampilkan konsep kepelbagaian dari segi muzik yang disajikan, dan juga tumpuan ke atas berita dan informasi yang berlaku di sekitar Lembah Klang, stesen ini bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan bandaraya Selangor dan Kuala Lumpur melalui kehidupan dengan lebih peka terhadap persekitaran mereka. Antara yang disalurkan adalah berita kesesakan, kemalangan, jenayah, aktiviti, program dan perayaan yang terkini.

Selain menyalurkan informasi dengan pantas, stesen ini sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat kerana kepelbagaian lagu lama dan baru yang menepati citarasa pendengar.

Gabungan lagu-lagu lama dan baru, menghasilkan sebuah stesen radio yang menyajikan adunan muzik kesukaan ramai. Tambahan lagi, stesen ini akan memberi peluang kepada ramai pemuzik tanahair untuk mengenengahkan karya mereka untuk dimainkan kepada para pendengar.

Pemilihan lagu pasti tidak akan lengkap tanpa penyampaian yang menarik dan menghiburkan. Stesen radio ini akan memperkenalkan bakat-bakat baru dan lama, dengan cara penyampaian mesra dan kreatif yang pasti akan menceriakan kehidupan para pendengar. Personaliti-personaliti ini dipilih bukan sahaja berdasarkan bakat dan penyampaian yang bertenaga, tetapi juga kerana mereka merupakan antara wakil yang terbaik untuk menyampaikan isu-isu yang dilalui oleh warga pendengar di Lembah Kelang.

ULTRA-Logosmall

(HIBURAN) Filem KOLUMPO

$
0
0

KOLUMPO_TeaserPoster01-horz

Kuala Lumpur, atau lebih dikenali ramai sebagai KL atau Kolumpo, merupakan sebuah kota yang terdiri daripada kepelbagaian. Sekian lama, kota ini telahpun digambarkan dalam pelbagai gaya dan rupa menerusi layar perak. Kali ini, KL akan digambarkan dengan cukup berbeda menerusi perspektif 3 pembikin filem muda tempatan. Arahan Sheikh Munasar, Rozi izma dan Bront Palarae, filem ini bakal membawa para penonton menerusi kehidupan warga kota KL yang sering mencari harapan dan impian. Filem antologi ini merupakan gabungan hasil kerja tiga buah filem pendek yang terdiri daripada bahasa yang berbeda dengan setiap filem merangkumi durasi sepanjang 30 minit. Filem ini dibintangi oleh Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mona Maniam, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan disertai penampilan khas oleh Farid Kamil, Remy Ishak, Sarah Ali, Ho Yuhang, Dain Said, Chew Kin Wah, Kumaresan, Adibah Noor dan Bront Palarae.

kolumposmall

SINOPSIS

Dari Pasar Seni ke KLCC ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita – cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh benkrap. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri yang turut ketinggalan tren yang terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal memberikan mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

(SEMASA) ATLAS HIFI Corporation unveils new bose soundlink mini BLUETOOTH® SPEAKER and bose Quietcomfort® 20 noise cancelling headphones in MALAYSIA

$
0
0

 BOSEsmall

27th November 2013, Kuala Lumpur – Atlas Hifi Corporation Malaysia Sdn Bhd, together with Bose, today launched the new Bose® QuietComfort® 20 (QC20) in-ear noise cancelling headphones and Bose SoundLink® Mini Bluetooth® speaker.  Both offer an entirely new experience when listening to a smart device or tablet, delivering performance that redefines what’s possible from mobile audio.

“The move towards mobile devices that accompany us everywhere have brought us into a new era of portable audio, where customers want high quality audio in a form factor that is easy to carry around on the go,” said Allan Jesu Dass, General Manager of Atlas Hifi Corporation. “The Bose QC20 and SoundLink Mini are truly revolutionary devices that address these requirements, and I encourage buyers to try the products for yourself, and truly understand that the best things in life, can come in small packages.”

Quiet_Comfort_20_003_HRsmall

QuietComfort 20 Headphones:  The Most Versatile Bose Headphones Ever

The new QuietComfort 20 headphones are the first in-ear noise cancelling headphones from Bose.  They deliver a stunning breakthrough in noise reduction, audio performance and comfort, and offer two ways to listen – one to shut out the world, and one to keep you connected.  They fit in your pocket, weigh just 43 grams, and rival the performance of much larger headphones.

The QC®20 headphones benefit from over 30 years of continuous research in noise reduction technology, and integrate more U.S. patents than any Bose® headphone ever made. 

Within the quiet environment created by Bose noise reduction, musical detail previously “lost” through conventional in-ear headphone listening can be heard with remarkable clarity.  Bose TriPort® technology uses ports to increase the effective acoustic space of the earbud to reproduce deep lows, lifelike vocals and instruments.  Bose active equalization tunes the frequency response for improved, natural sound.  All music genres sound better — full, rich, and deep, without artificial boosts or distortion.

The QuietComfort® 20 headphones are made for comfort and performance.  New proprietary StayHear®+ ear tips sit at the entrance of the ear canal, and feature an improved conical design that ensures an effective seal to passively block noise, and the proper acoustic enclosure to improve active noise reductionThey are stable, secure, and barely felt.

The QC20 headphones can be used in two ways, giving you control over what you hear and when.  Owners can choose to block out the noisy world and enjoy their music.  Or, with the push of a button on the cord’s Y-joint, the QC20 headphones switch to the new Aware mode, which keeps the music playing, but allows surroundings to be heard clearly:  a horn beeping, friend talking, a passerby, or gate announcement at the train or airport.

A rechargeable battery provides about 16 hours of power; when the battery is depleted or the power is turned off, the music plays on.

The new QuietComfort® 20 headphones include an integrated inline microphone and controls that enable you to take calls.  They are available in two different models: the QC20 headphones work with most Android, Windows® and BlackBerry® phones; the QC20i headphones are designed specifically for select iPhone, iPad and iPod models.

Bose SoundLink Mini_Accessory Coverssmall

SoundLink® Mini Speaker:  A New Kind of Ultra-Portable Bluetooth® Speaker

The new SoundLink® Mini speaker fits in the palm of your hand, connects wirelessly to a smart device or tablet, and delivers a new level of performance for personal, out-loud listening. At 680 grams, the SoundLink® Mini speaker weighs no more than the average tablet.  It measures just 5cm H x 18cm W x 6cm D — 30% the size and 50% the weight of the original SoundLink® Mobile speaker.  With its anodized aluminum housing, it resists scratches and fingerprints, and is strong and durable enough for the rigors of everyday use. 

The SoundLink® Mini speaker features several engineering advancements precisely integrated in its enclosure:  two new passive radiators feature a patented surround to reproduce the lowest low notes.  The proprietary passive radiators are driven by new custom-designed, high-efficiency Bose® transducers.

Debuting in the SoundLink® Mini speaker, the new Bose transducers move twice the air as conventional same-size transducers and deliver clear mid- and high-frequencies.  To optimize the audio output, Bose digital signal processing is integrated for tonally balanced sound at any listening level.  The resulting experience is unprecedented:  the SoundLink® Mini plays the full range of music – lifelike and powerful.

The SoundLink® Mini speaker uses Bluetooth® A2DP and a powerful antenna for a reliable wireless connection.  It’s easy to pair and play, connecting to a mobile device at the touch of a button on the speaker’s control panel.  The six most recently used Bluetooth devices are stored in memory, eliminating the need to pair again.

The SoundLink® Mini speaker comes with a charging cradle, making it easy to grab-and-go with your music, and a rechargeable lithium-ion battery for up to seven hours of listening.  Accessory soft covers in orange, green and blue, and a travel bag, are also available for customization and convenience.

Availability

The new Bose® QuietComfort® 20 (QC20) in-ear noise cancelling headphones is now available at Atlas Experience stores and selected distributors nationwide at RM 1,560 while the Bose SoundLink® Mini Bluetooth® speaker is priced at RM 1,100.

Experience these products at the newly renovated Atlas Experience showroom at T-239, Level 3, The Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur.

(SEMASA) Applikasi gaya hidup The Entertainer ‘Beli Satu Percuma Satu’ dilancarkan di Malaysia

$
0
0

6small

Berlatar belakang suasana mewah Lafite di Shangri-La, Kuala Lumpur, tetamu dan rakan media sama-sama meraikan pelancaran syarikat antarabangsa berpangkalan di Dubai, The Entertainer yang menyediakan tawaran diskaun dan promosi produk gaya hidup dalam bentuk aplikasi mudah alih serta buku baucer, bagi edisi Malaysia.

Di majlis itu, pengacara majlis, Liz Riemersma memulakan acara dengan tayangan video ‘Always Something to Smile About’ oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Donna Benton yang menjawab persoalan mengenai fungsi aplikasi telefon pintar itu.

“Semua orang sukakan penjimatan wang dan kami mahu memberikan peluang kepada orang Malaysia berjimat menikmati apa yang mereka gemari melalui tawaran ‘Beli Satu Percuma Satu’ ini.

“Mereka boleh menebus pakej The Entertainer melalui telefon mudah alih atau buku baucer hanya melalui satu atau dua transaksi. Kami bekerja keras bagi memastikan semua rakan kongsi The Entertainer menawarkan promosi berkualiti dan bernilai bagi setiap pelanggan,” katanya.

Insentif ‘Beli Satu Percuma Satu’ The Entertainer memasuki Malaysia dengan senarai promosi yang cukup panjang, melebihi 825 promosi dari restoran ekslusif, pusat rekreasi, pusat kesihatan dan lokasi hiburan.

Tawaran itu turut membabitkan lebih 380 promosi ekslusif oleh hotel terkemuka Malaysia antaranya Intercontinental Hotel Kuala Lumpur serta lokasi menenangkan seperti The Slimming Sanctuary dan Sothy’s.

Aplikasi ini sedia untuk di muat turun secara percuma di app store (dari iTunes, Blackberry juga Google Play serta Samsung) dengan lapan tawaran percubaan untuk lokasi di Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, Entertainer Malaysia mempunyai tawaran penjimatan bernilai lebih RM370,000 dan pengguna boleh membeli sama ada melalui buku baucer atau promosi di telefon bimbit, bergantung kepada keselesaan masing-masing – di mana setiap satu mempunyai 825 insentif sama dengan harga RM235.

Tawaran harga pengenalan boleh dinikmati pengguna yang tawaran penuh bagi promosi di telefon bimbit di mana mereka akan menikmati pengurangan 40 peratus (RM145) untuk waktu terhad.

Selepas belian, tawaran itu tersedia untuk ditebus guna serta merta dan perlu dihabiskan dalam tempoh 14 bulan sehingga Disember 2014.

Pada majlis pelancaran, tetamu turut dihiburkan gelagat ‘penghibur’ tempatan, Henry Golding.“Saya ketagih dengan tawaran harga murah,” akui Golding.

“Perkataan ‘tawaran hebat’ sentiasa menarik perhatian saya tapi saya yakin The Entertainer mencapai tawaran produk santai, lebih spesifik adalah untuk pelanggan moden seperti saya yang sentiasa bergantung kepada telefon pintar sepanjang masa. The Entertainer akan sentiasa menggamit saya untuk kembali mendapatkan lebih banyak tawaran harga murah,” katanya.

Sementara menikmati hidangan tengahari, Pengurus Besar, Neil Presland; Pengarah Pemasaran, Liz Riemersma dan Pengarah Operasi Antarabangsa, Chris Shaw serta kakitangan The Entertainer berbual sambil berkongsi cerita bersama tetamu mengenai pengalaman mereka menembusi pasaran Singapura, Hong Kong dan rantau Asia lain.

Dengan baucer makan malam di Shangri La Hotel KL; menari sepanjang malam sehingga matahari kembali terbit di No Black Tie; peluang menikmati hidangan asli Bavarian di Brotzeit Bier Bar & Restaurant, bermain boling di Ampang Sperbowl atau peluang memilih apa juga minuman disukai di mana-mana cawangan Chatime, ternyata semuanya mudah (tap,tap,tap) jika anda tahu caranya.


(SEMASA) Antabax Pure Pine, Pelindung Anti Bakteria Yang Memberi Kesegaran Serta Kelembapan Sepanjang Hari!

$
0
0

APP 1small

Adakah anda menyukai bau yang klasik yang terdapat dalam sabun anti bakteria anda tetapi pada masa yang sama ianya juga mengeringkan kulit anda? Jadi sudah tiba masanya untuk menukar sabun anda kepada Antabax Pure Pine Anti Bakteria

Ianya mengandungi kombinasi bau kayu yang segar dan juga kebaikan kesihatan daripada ekstrak asli “pine” dengan serum mikro kelembapan dan juga vitamin untuk kulit bagi memastikan kulit mempunyai bau “pine” yang segar di samping mengembalikan tahap kelembapan kulit bagi kulit yang lebih sihat dan juga lembut. Jenama ini juga telah diperakui oleh sistem Pertahanan Derma yang memberi perlindungan selama 24 jam sepanjang hari disamping perlindungan anti bakteria yang maksimum sebanyak 99.9%.

Antabax Pure Pine adalah sangat ideal untuk mereka yang menjalani gaya hidup yang aktif yang di mana memerlukan jaminan perlindungan anti bakteria yang tidak mengeringkan kulit dan juga kepada mereka yang menghargai bau “pine” yang semula jadi bagi jangka masa yang panjang.

Ianya juga telah diberi sijil halal bagi memberi keyakinan kepada pengguna Islam untuk menggunakannya.

 

 

 

 

Lagi Sebab untuk Menggunakan Pure Pine

Minyak “pine” diperolehi dari proses penyulingan daripada ranting dan juga dahan daripada pokok Pinus sylvestri.

 

Ianya juga telah digunakan dalam bidang perubatan Timur dan Barat kerana mempunyai khasiat perlindungan antibakteria, memberi tenaga, antiseptik, penyahbauan dan juga mempunyai bau aroma terapi. Ianya juga digunakan bagi memberi kelegaan bagi otot dan sendi yang sakit dan juga tegang disebabkan oleh sifatnya yang memberi kepanasan yang melegakan. Pati “pine” yang mengadungi kualiti antispetik memberi faedah dalam mengubati luka, dan juga jangkitan fungus.

Pati asli “pine” telah digunakan secara meluas di dalam aroma terapi dan juga pengurutan kerana sifatnya yang memberi rasa bersih, mengembalikan tenaga dan juga menyegarkan.

Sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan perlindungan, bau-bauan “pine” dan juga kulit yang lembut serta juga segar yang di idamkan dengan Antabax Pure Pine.

Rangkaian Harga The Antabax Pure Pine Shower Cream:-

»      250ml untuk RM6.20

»      650ml untuk RM14.50

»      550ml untuk RM8.30

»      450ml sabun basuh tangan untuk RM7.50

»      Pek yang mengadungi tiga buku sabun untuk RM3.80

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax, sila “like” Antabax di www.facebook.com/NewAntabax.

(HIBURAN) Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2013

$
0
0

ASK2013small

Keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Skrin ASK 2013 TV3. Malam kemuncak ASK 2013 kini berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. Sebanyak 30 kategori dipertandingkan yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Majlis berprestij Anugerah Skrin 2013 yang bertemakan kaca diacarakan oleh Nad Zainal digandingkan bersama Awal Ashaari dan Faizal Ismail. Siaran langsung Anugerah Skrin 2013 turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada jam 9.00 malam. Tujuan Anugerah Skrin adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan.

Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2013 TV3

1. Anugerah Rancangan Hiburan Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

2. Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik

Salam Muslim- Astro Oasis

3. Laporan Khas Berita Terbaik

Buletin Utama- Kanta K-Pop TV3

4. Lakon Drama TV Terbaik

Mazlan Manan- Mawar Putih Tanda Perpisahan

5. Lakon Layar Terbaik 

Nik Amir Mustapha (KIL)

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

Ezreen Azminda- Perempuan Itu Ibuku

7. Videografi Terbaik

Mohd Faizal Bin Mohd Ali-  Mawar Putih Tanda Perpisahan

8. Rancangan realiti terbaik

Maharaja Lawak Mega

9. Bual bicara terbaik 

Bella- NTV7

10. Rancangan Muzikal Terbaik

Anugerah Juara Lagu ke 27

11. Drama Komedi Terbaik

Mentua vs Mentua- Prime Networks SDN BHD

12 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

Khir Rahman- Rock Oo

13. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Miera Liyana- Pecah

14. Lakon Layar Terbaik

Nik Amir Mustapha- Kil

15. Artis Harapan Pantene

Shasha Al Khred

16. Pelakon Pembantu Lekaki Terbaik Drama

Hasnul Rahmat- Tunggu Sekejap

17. Pelakon Wanita Terbaik Filem

Christina Suzanne- Kil

18. Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Wan Hanafi Su- Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman

19. Pelakon Wanita Terbaik Drama

Umie Aida – Aku Bukan Malaikat

20. Pelakon lelaki terbaik  Filem

Shaheizy Sam

21. Filem Terbaik

Kil- Grand Brilliance

22. Pengarah Terbaik Drama

Erma Fatima- Aku Bukan Malaikat

23. Anugerah Khas Anugerah Skrin 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Ask2013-25gmo

24. Drama Rantaian Terbaik

Surat Dari Langit Biru

25. Drama Terbaik

Mawar Putih Tanda Perpisahan

ASKMDAZ 1small

ASKMDAZ 2small

Kredit Foto: Md Azreen & Farish Ayub

(HIBURAN) “Cinderella” satu kenangan buat Ahmad Idham

$
0
0

IMG_2907

Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013.

Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu.

Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

cinderellasmall

Sinopsis

Nurul (NELYDIA SENROSE) seorang gadis kampung yatim piatu yang tinggal bersama Ibu tiri (AZIZAH MAHZAN) serta dua orang adik-beradik tirinya (ERIN MALEK & AZLAN KOMENG). Keluarga tirinya itu selalu melayan Nurul seperti orang gaji tanpa belas kasihan.

Salman (FIZO OMAR) pula adalah seorang anak tunggal kepada tokoh korporat terkemuka, Datok Mokhtar ( DATO’ JALALUDIN HASSAN). Dia juga merupakan lulusan luar negara dan bakal mewarisi syarikat milik bapanya itu. Datok Mokhtar terpaksa bersara awal akibat masalah kesihatan. Datok Mokhtar dan Salman tinggal bersama Mak Jah (FAUZIAH NAWI), yang merupakan pengasuh dan  dialah yang bertanggungjawab menguruskan hal rumah semenjak kematian ibu Salman. Ray (KAMAL ADLI) merupakan kawan baik kepada Salman, suatu hari mengambil keputusan untuk pergi bercuti dan berkhemah di kawasan tepi pantai.

Tempat Salman dan Ray berkhemah adalah kampung dimana Nurul tinggal. Di sana mereka terserempak dengan Nurul, yang bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik desa.

Suatu malam, Nurul hampir dinoda oleh abang tirinya, Zamil. Nurul melarikan diri dan terserempak dengan khemah yang dihuni oleh Salman di tepi pantai. Dalam keadaan hujan lebat, dia meminta pertolongan Salman dan Salman telah membenarkan Nurul untuk bersembunyi di dalam khemah tempat penginapannya itu.

Malang menimpa apabila, mereka telah serbu oleh orang kampung dan dituduh berkhalwat. Demi menjaga nama baik kampung tersebut Salman terpaksa bersetuju untuk menikahi Nurul. Salman tertekan kerana rasa seperti telah terperangkap dalam situasi tersebut dan daripada saat itu dia mula membenci Nurul.

Salman memberi amaran kepada Nurul untuk merahsiakan apa yang telah terjadi kepada mereka. Pulang ke Kuala Lumpur, Mak Jah terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Nurul di rumah itu. Salman memberitahunya yang dia bertemu dengan Nurul di kampung yang memerlukan pekerjaan  dan Nurul akan bekerja di rumah itu, membantu Mak Jah serta akan menjaga Datok Mokhtar

Dugaan bertubi-tubi menimpa Nurul, di rumah barunya itu juga dia mendapat layanan teruk. Salman nampak tidak begitu senang dengan kehadiran Nurul yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya. Dalam masa yang sama Mak Jah mula mencurigai sesuatu dan cuba mengorek rahsia daripada Nurul, tapi Salman telah memberi amaran keras kepada Nurul supaya menyimpan rahsia mereka itu.

Mampukah Nurul bertahan dalam keadaan seperti itu? Dan sejauh mana Salman mampu menyimpan rahsia mereka tersebut?

(SEMASA) Hamleys – Kedai Mainan Terkemuka Di Dunia Kini Di Buka Di Malaysia

$
0
0

IMG_2751

Kedai mainan terkemuka di dunia, Hamleys membawakan berita baik untuk rakyat Malaysia!

Outlet ulung pertama Hamleys akan membuka pintu kepada orang ramai di One Utama pada 30 November. Selama lebih 250 tahun, Kedai Mainan Terkemuka di Dunia, Hamleys dari London akan membawa kegembiraan dan pengalaman yang ajaib kepada kanak-kanak di semua peringkat umur.

IMG_2780

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Ludendo, Encik Rudolph Hidalgo, Ketua Pegawai Eksekutif Hamleys, Encik Gudjon Reynisson, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Encik Ray Kyles hadir bersama-sama dengan Pengerusi GRV Toy Store Sdn Bhd, Dato ‘Ishak bin Osman, Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd, Encik Kim Manaf, dan Cik Noor Azlin untuk merasmikan kedai Hamleys yang pertama di Malaysia.

Sejarah menarik Hamleys bermula dengan William Hamley, yang berbangsa Cornishman dari Bodmin, England. Pada tahun 1760, kedai Hamleys yang pertama telah dibuka di Holborn, London dan pada tahun 1881, ia berpindah ke Regent Street. Kini, gedung utama Hamleys di London mempunyai lebih daripada 40,000 jenis mainan di kesemua tujuh tingkat gedungnya!

IMG_2732

Sebagai sebuah jenama yang dipercayai di seluruh dunia, Hamleys memupuk kesetiaan pelanggan dan pertumbuhan jenama melalui pendekatan yang unik dalam strateginya yang merangkumi hiburan, demonstrasi mainan, reka bentuk kedai yang berwarna-warni dan menarik digabungkan dengan mainan hebat jenama Hamleys itu sendiri. Berjuta-juta keluarga yang masuk melalui pintu Hamleys disambut oleh patung beruang Hamley dan Hattie, dapat menonton persembahan boneka atau mengambil bahagian di dalam silap mata. Inilah cara Hamleys yang ingin memastikan pelanggan-pelanggannya mengalami sendiri hiburan  yang unik.

Permainan kanak-kanak yang terdapat di kedai tersebut bukan hanya untuk generasi muda, tetapi juga untuk pengumpul dan penggemar permainan tradisional yang moden seperti set kereta api, anak patung Barbie dan permainan papan di Hamleys. Ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk bermain bersama-sama dan mengembangkan lagi sifat-sifat kepimpinan, penyelesaian masalah dan mewujudkan ikatan yang lebih kukuh antara keluarga melalui penyertaan dan pembelajaran dengan permainan-permainan tersebut.

Pada 2013, Hamleys mula melangkah jauh dari kedai mainannya di London. Kini, Hamleys merupakan jenama global dan mempunyai 30 buah kedai di 12 buah negara dan wilayah termasuk India, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Scandinavia.

Di samping memberi pengalaman dalam kedai yang unik dan menyeronokkan kepada pelanggan, populariti kedai mainan Hamleys juga disumbang oleh komitmen mereka terhadap keselamatan mainan. Semua mainannya berfungsi dan diuji di makmal untuk memastikan yang mainan Hamleys mematuhi Arahan Keselamatan Mainan. Tanpa mengira lokasi, kesemua mainan Hamleys yang dijual di luar Eropah perlu mematuhi keperluan antarabangsa yang sama.

Pembekal mainan Hamleys mesti bersetuju dan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Majlis Antarabangsa Industri Mainan (ICTI). Ini adalah langkah yang diambil oleh Hamleys dalam memenuhi komitmen mereka terhadap mempromosi piawaian keselamatan mainan dan memenuhi tanggungjawab sosial seperti kepekaan terhadap alam sekitar, undang-undang pekerjaan yang saksama dan keselamatan di tempat kerja.

Sebagai ahli Persatuan Hobi dan Mainan British (BTHA), Hamleys memastikan yang pembungkusan dan pelabelan adalah mengikut fakta, tepat dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan. BTHA ditubuhkan pada tahun 1944 sebagai mewakili kepentingan pengeluar mainan British dan untuk meningkatkan lagi amalan piawaian dalam industri. Selaras dengan itu, Hamleys mengutamakan perlindungan terhadap permainan mereka semasa dalam perjalanan sentiasa terjaga bagi memastikan ia kekal baik apabila tiba di destinasinya. Jika keadaan membenarkan, Hamleys akan menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk pembungkusan bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Hamleys melakukan pertimbangan yang halus dalam pemilihan pembekal mereka. Semua pembekal perlu mengekalkan Sistem Pengurusan Kualiti yang sesuai (ISO9001 atau seumpamanya) agar berupaya membekalkan produk-produk, secara konsisten,  yang mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, arahan, piawaian dan dasar-dasar bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Permainan Hamleys yang diperbuat daripada kayu adalah dari jenis kayu yang diluluskan oleh FSC (Majlis Pemeliharaan Hutan) pada waktu dan di tempat yang mungkin.

hamleysmall

Kedai Hamleys di luar UK dan Ireland, dikendalikan oleh rakan-rakan francais dengan dibantu oleh pusat Hamleys UK. Bantuan yang diberikan termasuk pembangunan kedai, latihan untuk kakitangan dan pemilihan produk bagi memastikan pengalaman Hamleys dirasai penduduk tempatan, keseronokan yang dijamin, permainan berkualiti dan memori indah untuk dikenang.

GRV Toy Store (GRV), rakan kongsi Hamleys di Malaysia, mensasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya lima kedai mainan Hamleys dalam masa lima tahun akan datang. “Kami teruja kerana akhirnya Hamleys akan dibuka di Malaysia dan kami yakin jenama tersebut akan terus berkembang. Kami amat gembira dengan minat yang ditunjukkan oleh pusat membeli-belah terhadap Hamleys dan akan terus bekerjasama dengan pemilik pusat membeli belah untuk memastikan yang kita dapat membawa pengalaman Hamleys kepada rakyat Malaysia di seluruh Negara,” kata Pengarah GRV Toy Store (GRV), Cik Noor Azlin.  Pengarah GRV Toy Store, Encik Kim Manaf pula menambah, “Setiap hari adalah hari yang ajaib di Hamleys dan kami mahu pelanggan sentiasa teruja dengan pelbagai aktiviti, pertandingan, watak dan lawatan dunia hiburan. Jika pelanggan kerap melawati kedai Hamleys, anda pasti tidak akan terlepas apa-apa acara yang diadakan!”

Jenis-jenis mainan yang terdapat di Hamleys adalah seni & kraf, aksi, binaan, anak patung,  alatan permainan luar, prasekolah,  dan kenderaan. Jenama-jenama yang terdapat di Hamleys adalah dari jenama Hamleys sendiri, Marvel, Star Wars, Transformers, Nerf, Hotwheels, Max Steel, Disney Planes, Disney Princess, Megablocks, Sylvanian Families, My Little Pony, Littlest Pet Shop, Baby Alive, Monster High, Barbie, Teenage Mutant Ninja Turtle, Playskool, Fisher Price, Furby, Leap Frog, Thomas & Friends, Tomica, Play-doh, Hornby, Hasbro Gaming, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Bersempena dengan pembukaan kedai utama Hamleys yang pertama di Malaysia dengan keluasan lebih daripada 20,478 kaki persegi, 500 pelanggan pertama akan menerima permainan kad Angry Bird bernilai RM20.90. Pada hari pembukaan, karektor Ben 10 Bloxx akan menemui pelanggan-pelanggan dan persampelan popcorn percuma. Kita akan mengadakan banyak tawaran sempena pembukaan kedai, antaranya: Untuk setiap pembelian Transformer Beast Hunter Deluxe (RM59.90) pelanggan akan menerima Best Hunter Legion (RM24.90) secara percuma dan untuk setiap pembelian Playskool Step Start Walk & Ride (RM149.90) akan menerima Spiderman Vehicle (RM59.90) secara percuma.

Kedai utama Hamleys terletak di Lot F319, Tingkat 1, 1Utama Shopping Mall, No 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Masa perniagaan adalah dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

(SEMASA) BEN juara PALMA 2013

$
0
0

IMG_3217

MBASU BENARD OKARO atau dikenali sebagai BEN berasal dari Kenya telah menjuarai pertandingan nyanyian lagu Melayu antarabangsa (PALMA 2013). Beliau membawa pulang hadiah berjumlah hampir RM13,000 termasuklah 3 hadiah sampingan iaitu, Juara Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Anugerah Khas Juri. Ben menyanyikan lagu DWIHATI yang merupakan lagu asal duet Yuna & Aizat.

Seramai 11 peserta itu terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu Itu Kamu dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal NuchuDorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Mbasu Benard Okaro, Kenya (Dwihati – Aizat & Yuna); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar); Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza); Kazi Yasin Islam, Bangladesh (Bahagiamu Deritaku – Hafiz) dan Brunhilde Marie Julia Geuth, Belgium (Kalis Rindu – Elyana).

Viewing all 4156 articles
Browse latest View live