Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156

(HIBURAN) Ita Raziah Lancar Single Terbaru ‘Terus Terang’

$
0
0

ifa-raziah-invitation-latest-1Diva dangdut negara yang baharu sahaja memenangi kategori Artis Versatil Popular di Anugerah Bintang Popular 29, Ifa Raziah kembali dengan single terbaru berjudul’Terus Terang’.

dig

Penyanyi serba boleh yang pernah popular dengan lagu Ser Ser Ser ini bakal mencetuskan fenomena sekali lagi dengan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal DJ Fuzz.

‘Terus Terang’ masih mengekalkan genre dangdut yang amat sinonim dengan Ifa Raziah. Bagaimanapun, garapan yang lebih segar dan in-trend menjadikan lagu ini unik dan sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat.

dav

Masih berkisarkan tentang percintaan, liriknya rnenggambarkan hati seseorang yang sedang berperang dengan nalurinya sendiri. Antara kasih, sayang ataupun sebenarnya sudah tidak sanggup lagi menahan perasaan yang sedia ada.

Single ini mengenai kisah percintaan dan perasaan yang dipendam. Melalui liriknya, anda bakal mengerti bahawa permainan perasaan ini seolah-olah teka teki yang mampu membuatkan jiwa tak keruan,” ujar Ifa Raziah.

sdr

Menerusi lirik yang ringkas namun mempunyai maksud yang mendalam, pihak Sony Music yakin bahawa single ini mampu berdiri sama tinggi dengan lagu-Iagu terkini yang ada dipasaran sekarang.

Menurut Ifa Raziah,dia sangat teruja apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan DJFuzz.

“Sebenarnya sudah lama saya menantikan saat untuk menghasilkan single terbaru. Cuma, akibat kekangan masa, saya harus mendaki perlahan-Iahan demi memastikan single terbaru ini berkualiti dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Saya juga gembira dan bersyukur apabila OJFuzzmahu berkolaborasi dengan saya. Sejujurnya,saya amat berpuas hati dengan penghasilansingle terbaru ini,” katanya.

dig

‘Terus Terang’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Oeezer,JOOXMusic, KKBox,Raku,Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan taruhan baharu Ifa Raziah dengan penampilan istimewa iaitu Lawa Nie Geng, Terus Terang hari ini di saluran radio tempatan!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156