Quantcast
Channel: Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156

(HIBURAN) UNDI SHAE SEBAGAI CALON TERAKHIR BAGI KATEGORI ARTIS ASIA TENGGARA TERBAIK DI ANUGERAH MTV EMA (EUROPE MUSIC AWARD).

$
0
0

image002Shae, seorang penyanyi yang mempunyai darah kacukan Australia dan Indonesia ini telah meraih penghargaan 10x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) bagi lagu ‘Sayang’ di Malaysia. Setelah kejayaan Shae melalui lagu ‘Sayang’ yang mencecah melebihi 2 juta muat turun ring back tone (RBT), ‘Sayang’ juga telah dinobatkan sebagai muat turun yang terbanyak pada tahun 2014/2015 di Malaysia. Selepas mendapat kejayaan yang gemilang melalui lagu ‘Sayang’, Shae telah kembali dengan sebuah lagu yang diberi nama ‘Seperti Magic’ yang turut dimuatkan di dalam album kedua beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’. Kehebatan yang dimiliki Shae telah membuatkan beliau terpilih bagi calon wildcard untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award).

Walaupun sudah terdapat 6 finalis di dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik ini, ternyata MTV EMA masih menyediakan satu lagi tempat untuk direbut oleh pemuzik Asia Tenggara lain. Walaubagaimanapun, pemuzik-pemuzik ini perlu bersaing terlebih dahulu untuk mendapatkan wildcard dengan menghimpunkan undian sebanyak yang boleh menerusi Twitter untuk menjadi calon ke-tujuh dalam pencalonan Artis Asia Tenggara Terbaik ini.

Kepada semua #SobatShaeMalaysia, anda sudah boleh mula untuk mengundi Shae sebagai calon terakhir bagi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik di anugerah MTV EMA (Europe Music Award). Anda hanya perlu tweet disertakan dengan hashtag #MTVEMA #NominateSHAE kepada @MTVEMA. Pengundian bagi calon calon dalam kategori wildcard ini telah bermula dan akan berakhir pada 27 September ini.

Barisan artis dari negara-negara Asia Tenggara yang turut bertanding bersama Shae dalam kategori wildcard bagi melepaskan diri untuk bertanding dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik adalah The Sam Willows (Singapura), Bunkface (Malaysia), Donnalyn Bartolome (Filipina), dan jugaToR+ Saksit (Thailand).

Sekiranya Shae berjaya mendominasi undian ini, maka beliau akan bertanding sebaris dengan enam finalis artis Asia Tenggara yang lain seperti Dong Nhi (Vietnam), Gentle Bones (Singapura), Raisa Andriana (Indonesia), Sarah Geronimo (Filipina), Thaitanium (Thailand) dan juga Yuna (Malaysia) bagi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik.

MTV Europe Music Awards (“EMAs” atau “EMA”) ini dipersembahkan oleh MTV Networks Europe untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur. Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari Ahoy Rottendam, Rottendam, Belanda pada hari 6 November 2016.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4156